Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Program Penyelenggaraan LPM12Y F/A-18D TUDM Jimat 25 Peratus Perbelanjaan Kerajaan

“Aktiviti senggaraan di dalam negara membolehkan Kerajaan mengurangkan kos sekitar 25 peratus berbanding menghantarnya ke luar negara." -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

0 4,239
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pelaksanaan program penyelenggaraan Local Planned Maintenance 12 Years (LPM12Y) terhadap pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan kepakaran syarikat tempatan telah membantu menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan sebanyak 25 peratus.
Sebagaimana dipetik menerusi akaun Facebooknya hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi LMP12Y menggunakan kepakaran tempatan, kerajaan berjaya menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak 20 peratus, berbanding sekiranya menyelenggara pesawat pejuang itu di luar negara.
Beliau juga berkata penyelengaraan mandatori pesawat pejuang F/A-18D di Pangkalan Udara Butterworth itu juga membantu Kementerian Pertahanan memendekkan tempoh masa penyelenggaraan (turnaround time) itu kepada hanya setahun berbanding jika dihantar ke luar negara.
“Aktiviti senggaraan di dalam negara membolehkan Kerajaan mengurangkan kos sekitar 25 peratus berbanding menghantarnya ke luar negara.
Selain penjimatan kos yang ketara kepada Kerajaan dan pemendekan “turnaround time”, LPM12Y membolehkan modal insan dan industri aeroangkasa tempatan terus dibangunkan,” kata beliau di dalam Facebook-nya hari ini.
TUDM
(FB Mohamed Khaled Nordin)
TUDM
(FB Mohamed Khaled Nordin)
Sebelum itu, Mohamed Khaled telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Butterworth.
“Sebahagian pengisian lawatan kerja ke PU Butterworth, saya telah meninjau kemajuan Program Local Planned Maintenance 12 Years (LPM12Y) bagi pesawat F/A-18D Hornet oleh syarikat tempatan, G7 Global Aerospace Sdn Bhd (G7GA).”
Menteri Pertahanan itu berkata, program senggaraan peringkat depoh bagi pesawat F/A-18D Hornet ini berjalan selama 5 tahun bermula 2024 dan dijangka selesai pada tahun 2029.
“Planned Maintenance Interval 1” ini perlu dilaksanakan selepas 12 tahun pengoperasian pesawat bagi mengekalkan status “airworthiness”, katanya.
Mohamed Khaled telah diberikan taklimat oleh pihak syarikat berkenaan status dan hala tuju pelaksanaan program LMP12Y ini dan berpuas hati dengan kemajuan terkini yang mengikut “milestone” ditetapkan.
TUDM
(FB Mohamed Khaled Nordin)
TUDM
(FB Mohamed Khaled Nordin)
“Aktiviti senggaraan di dalam negara membolehkan Kerajaan mengurangkan kos sekitar 25 peratus berbanding menghantarnya ke luar negara.”
“Selain penjimatan kos yang ketara kepada Kerajaan dan pemendekan “turnaround time”, LPM12Y membolehkan modal insan dan industri aeroangkasa tempatan terus dibangunkan,” kata beliau.
LPM-12Y merupakan program senggaraan peringkat Depot Level Maintenance (DLM) bagi pesawat F/A-18D yang telah dijalankan di dalam negara sejak tahun 2021.
 Penyelengaraan ini melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap struktur pesawat, penilaian kerosakan dan baik pulih kerosakan struktur yang disebabkan haus dan lusuh atau kemerosotan material ke atas pesawat akibat faktor persekitaran dan pengeporasian pesawat. 
TUDM mengoperasikan lapan buah pesawat pejuang F/A-18D Hornet buatan syarikat Boeing.
— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.