Pesawat Pejuang J-10C China Terbang Berhampiran Kemudahan Tentera Amerika di Arab Saudi
Pelabuhan King Fahd di Yanbu, Arab Saudi itu merupakan salah satu pusat lojistik utama untuk Tentera Laut Amerika Syarikat, terutamanya bagi kapal-kapal perangnya termasuk kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truma mendapatkan bekalan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa keping gambar yang kini viral di media-media sosial telah menyebabkan pemerhati dan penganalisis pertahanan antarabangsa tertanya-tanya tentang suatu “insiden keselamatan” yang berlaku di Arab Saudi beberapa hari lalu.
Gambar yang kini viral di media-media sosial menunjukkan pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara China (PLAAF) terbang berhampiran dengan Pelabuhan King Fahd di Yanbu, Arab Saudi.
Pelabuhan King Fahd di Yanbu, Arab Saudi itu merupakan salah satu pusat lojistik utama untuk Tentera Laut Amerika Syarikat, terutamanya bagi kapal-kapal perangnya termasuk kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truma mendapatkan bekalan.
Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh pemerhati pertahanan China itu, menunjukkan sekurangnya-kurang sebuah pesawat pejuang J-10C terbang berhampiran dengan pelabuhan itu yang menjadi pusat lojistik penting untuk tentera Amerika Syarikat.
Ia adalah sesuatu yang jarak-jarak berlaku, di mana pesawat pejuang China terbang berhampiran dengan kemudahan penting digunakan oleh tentera Amerika Syarikat.
Adakah pihak berkuasa Arab Saudi yang meluluskan penerbangan pesawat-pesawat pejuang China di ruang udaranya tidak menyedari perkara itu, sehingga membenarkannya terbang begitu hampir dengan kemudahan yang menempatkan aset-aset tentera Amerika Syarikat?
Dilaporkan tiga buah pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara China bersama-sama sekurangnya-kurangnya lima buah pesawat pengangkut Y-20 dan pesawat tangki YU-20 terbang sejauh kira-kira 6,000km daripada China ke Mesir.

Tentera Udara China turut mengerah pesawat amaran awalnya KJ-500 yang dimuatkan dalam pesawat pengangkut gergasi Y-20 itu untuk terlibat sama dalam latihan udara bersama dengan Tentera Udara Mesir.
Kesemua pesawat milik Tentera Udara Mesir itu selamat mendarat di sebuah pangkalan udara Mesir pada 15 April lalu untuk memulakan latihan udara bersama yang julung-julung kalinya diadakan di antara tentera udara kedua-dua negara.
Latihan udara bersama di antara Tentera Udara Mesir dan Tentera Udara China itu dinamakan Eagle of Civilization 2025 bermula pada pertengahan bulan ini hingga bulan depan.
Kementerian Pertahanan China menggambarkan latihan itu sebagai usaha untuk “menggalakkan kerjasama praktikal serta memperkukuh persahabatan dan saling kepercayaan,” menandakan detik penting dalam perkembangan hubungan dua hala antara Beijing dan Kaherah.
“Ini merupakan latihan ketenteraan bersama yang pertama antara kedua-dua negara, dan ia amat penting dalam usaha menggalakkan kerjasama pragmatik serta memperkukuh persahabatan dan kepercayaan bersama.”
Bercakap kepada Global Times, seorang pakar ketenteraan China berkata, pesawat-pesawat pejuang yang dihantar ke Mesir itu merupakan aset utama dalam keupayaan tempur negara itu dan beroperasi secara bersepadu sebagai satu pasukan gabungan.

Latihan tentera di antara Mesir dan China itu bukan sahaja memperkukuh hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara, tetapi juga mencerminkan perubahan dalam landskap geopolitik di Timur Tengah, di mana negara-negara seperti Mesir semakin galak mencari alternatif dalam kerjasama pertahanan.
Mesir kini giat memperkukuh kerjasama pertahanan dengan China, mencerminkan gabungan strategi yang dirancang secara teliti melibatkan penyesuaian semula dasar ketenteraan, kepelbagaian teknologi dan pendekatan geopolitik yang pragmatik.
Langkah ini diambil ketika Kaherah berdepan ketidaktentuan dalam penghantaran senjata daripada pembekal tradisional seperti Amerika Syarikat dan Rusia, sekali gus mendorong Mesir untuk mendekati Beijing sebagai rakan pertahanan yang lebih dipercayai dan bebas daripada syarat politik yang ketat.
Penghantaran senjata dari Washington ke Mesir sering kali dibelenggu oleh syarat berkaitan hak asasi manusia, manakala keupayaan Moscow untuk memenuhi komitmen ketenteraan pula terjejas teruk akibat perang di Ukraine dan sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atasnya.
Walauapapun, penerbangan pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara China di ruang udara sekitar Pelabuhan Raja Fahd di Yanbu, Arab Saudi telah mencetuskan perbincangan mengenai tujuan sebenar manuver itu.
Walaupun pihak Tentera Udara China tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai maksud penerbangan tersebut, beberapa faktor menunjukkan ia mungkin sebahagian daripada inisiatif strategik yang lebih meluas.

Pelabuhan Raja Fahd merupakan hab maritim penting di Laut Merah yang kerap menerima kehadiran kapal-kapal Tentera Laut Amerika Syarikat, menjadikannya kawasan yang sangat berkepentingan dari sudut ketenteraan dan geopolitik.
Pesawat J-10C pula dilengkapi dengan avionik canggih dan sistem sensor berteknologi tinggi, termasuk radar Active Electronically Scanned Array (AESA) serta keupayaan peperangan elektronik, yang berpotensi digunakan bagi tujuan pengumpulan risikan semasa operasi penerbangan sedemikian.
Lebih daripada itu, penerbangan tersebut juga dilihat sejajar dengan peningkatan penglibatan ketenteraan dan diplomatik China di rantau Asia Barat.
China kini giat mempromosi teknologi pertahanannya di rantau tersebut, dengan beberapa negara seperti Arab Saudi dan Mesir dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memperoleh peralatan ketenteraan dari Beijing termasuk pesawat pejuang J-10C.
Walaupun penerbangan ini mempunyai pelbagai tujuan—daripada mempamerkan keupayaan ketenteraan sehingga kemungkinan mengumpul maklumat risikan—ketiadaan pengesahan rasmi telah membuka ruang kepada pelbagai spekulasi.
Memandangkan kepentingan strategik lokasi yang terlibat serta kemampuan teknologi pesawat J-10C, kemungkinan operasi itu turut membawa misi pengumpulan maklumat risikan tidak dapat diketepikan.

Pelabuhan Raja Fahd di Yanbu memainkan peranan penting kepada ketenteraan Amerika Syarikat atas beberapa sebab strategik utama:
-
Hab Logistik dan Pengisian Semula yang Kritikal
Pelabuhan ini merupakan antara pelabuhan terbesar dan paling moden di Laut Merah, serta berfungsi sebagai pusat sokongan penting kepada operasi Tentera Laut Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau ini. Ia mempunyai kemudahan perairan dalam yang mampu menerima kapal bersaiz besar termasuk kapal sokongan logistik, kapal serangan amfibia dan kapal pengangkut pesawat.
-
Lokasi Berdekatan Titik Chokepoint Maritim Strategik
Yanbu terletak di pesisir Laut Merah dan berhampiran dengan Selat Bab el-Mandeb—titik laluan sempit yang menghubungkan Laut Merah ke Teluk Aden dan Laut Arab. Selat ini amat penting bagi laluan penghantaran tenaga global dan trafik maritim, menjadikan Yanbu sebagai lokasi ideal untuk pemantauan atau kawalan operasi laut.
-
Sokongan kepada Operasi CENTCOM
Pelabuhan ini juga berperanan sebagai nod logistik kepada United States Central Command (CENTCOM) yang menyelia operasi ketenteraan Amerika di Asia Barat, termasuk di kawasan panas seperti Yaman, Iraq dan Tanduk Afrika. Ia boleh digunakan untuk pra-penempatan bekalan ketenteraan, pengisian semula kapal perang serta menyokong penghantaran tentera dengan pantas ke rantau berisiko.
-
Akses kepada Infrastruktur Minyak Arab Saudi
Yanbu juga merupakan terminal eksport minyak utama dan kawasan perindustrian penting yang menempatkan kilang penapisan minyak serta kemudahan petrokimia berskala besar. Dalam situasi konflik serantau, keupayaan untuk mengawal atau melindungi infrastruktur ini menjadi keutamaan strategik—justeru menjadikan Yanbu penting dalam perancangan ketenteraan Amerika.
-
Isyarat Geopolitik dan Pengukuhan Pakatan