Panglima TUDM Lihat Lebih Dekat Pesawat Pejuang Gen-5 Russia, Su-57 di Airshow China 2024
Kehadiran varian eksport pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57E di Airshow China, Zhuhai menunjukkan komitmen Russia mahu menarik perhatian pihak-pihak yang berminat untuk memperolehi pesawat pejuang Su-57 sebagai pesawat pejuang generasi kelima mereka.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan turut menghadiri Airshow China di Zhuhai dimana beliau berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pesawat pejuang generasi kelima terkini Russia, Su-57.
“Semasa di acara tersebut, Panglima Tentera Udara dan delegasi turut menyaksikan pertunjukan udara dan yang paling mencuri tumpuan adalah jet pejuang generasi kelima Russia, SU-57 yang membuat penampilan sulung pada pameran tersebut. “
“Panglima Tentera Udara turut mengambil peluang melihat pameran statik pesawat SU-57 dan mendengar penerangan berkaitan spesifikasi dan keupayaan pesawat tersebut,” sebagaimana dinyatakan menerusi posting media sosial TUDM pada 14 Nov lalu.
Beliau turut mengunjungi beberapa reruai pempamer serta mengadakan pertemuan dengan pemain utama industri pertahanan antarabangsa.
Panglima TUDM turut mengambil berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, General Chang Dingqiu.
Pertemuan ini menurut kenyataan media sosial TUDM menjurus kepada perbincangan untuk mengukuhkan hubungan ketenteran dan rancangan kerjasama dimasa hadapan yang melibatkan pertukaran kepakaran serta latihan di antara kedua-dua negara.

“Beliau juga turut menjemput General Chang Dingqiu ke Langkawi International Maritime & Aerospace Exibition (LIMA ’25) pada tahun hadapan.”
Pada Airshow China 2024, Russia buat pertama kalinya telah menampilkan varian eksport Su-57E dan senjata dibawanya.
Varian eksport Su-57E turut mengadakan penerbangan demonstrasi pada pameran udara di Zhuhai itu dan ia adalah berdasarkan kepada Su-57 Felon.
Kehadiran varian eksport pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57E di Airshow China, Zhuhai menunjukkan komitmen Russia mahu menarik perhatian pihak-pihak yang berminat untuk memperolehi pesawat pejuang Su-57 sebagai pesawat pejuang generasi kelima mereka.
Dengan maximum takeoff weight (MTOW) seberat 34,000 kg dan jarak operasi sehingga 7,800 km dengan in-flight refueling, pesawat pejuang Su-57E direkabentuk untuk ketahanan dan versatility.
Ia dilengkapi dengan dua enjin, setiap satunya menjana 14,500 kgf kuasa tujahan (thrust) dan boleh mencapai kelajuan maksimum 1,350 km/h di “near-ground level”.

Comments are closed.