Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Panglima Tentera Australia “Kutuk” Kapal Selam Sendiri, Sifatkan Ia “Kapal Selam Paling Teruk Dalam Planet”

Panglima Angkatan Tentera Australlia Jeneral Angus Campbell yang akan bersara tidak lama lagi, memberikan ucapan "berapi-api" bagi mematahkan segala kritikan daripada dalam negara yang menolak keputusan Australia untuk memperolehi tiga buah kapal selam terpakai kelas-Virginia berkuasa nuklear daripada Amerika Syarikat di bawah perjanjian keselamatan AUKUS (Australia, United Kingdom, United States).

0 8,029

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam usaha untuk mempertahankan program perolehan kapal selam berkuasa nuklear di bawah AUKUS, Panglima Angkatan Tentera Australia Jeneral Angus Campbell menyifatkan kapal selam kelas-Collins dioperasi oleh tentera laut negara itu sendiri sebagai “kapal selam paling teruk di planet.”

Beliau yang akan bersara tidak lama lagi, memberikan ucapan berapi-api bagi mematahkan segala kritikan daripada dalam negara yang menolak keputusan Australia untuk memperolehi tiga buah kapal selam terpakai kelas-Virginia berkuasa nuklear daripada Amerika Syarikat.

Selain memperolehi kapal selam berkuasa nuklear terpakai daripada Amerika Syarikat, Australia juga akan membina kapal-kapal selam berkuasa nuklear menggunakan teknologi Britain.

“Masuk di dalam gelanggang, mulakan,kerana kami akan memberikan kemampuan kapal selam berkuasa nuklear kepada negara ini (Australia) dan ia menjadi satu program (perolehan kapal selam berkuasa nuklear) yang amat menakjubkan,” kata beliau.

Panglima Angkatan Tentera Australia itu menyatakan telah banyak kali rakyat Australia projek-projek utama di negara itu akan gagal tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Aukus
Kapal selam kelas-Collins Tentera Laut Australia.

 

“Saya meminta anda semua supaya melihat kembali dimana rakyat Australia kecewa dengan mereka senditi dan menyatakan jambatan Sydney Harbour akan jatuh di dalam laut, Sydney Opera House tidak akan menjad rumah opera teragung di dunia dan skim hidro Gunung Snowy akan gagal. Kapal selam kelas-Collins – adalah kapal selam paling teruk di dalam planet,” kata Angus.

Penganalisis pertahanan negara itu mengkritik ucapan “berapi-api” oleh Panglima Angkatan Tentera yang bertindak memburuk-burukkan sistem pertahanan milik negara sendiri, dalam usaha untuk menjual satu projek pertahanan yang baru, di dalam kes ini – kapal selam berkuasa nuklear.

Pengkritik tindakan Australia memperolehi  kapal selam berkuasa nuklear di bawah Aukus memberi alasan bahawa program itu terlalu mahal kerana ia akan menelan belanja keseluruhan sebanyak US$243 bilion (RM1.1 trillion) dan negara itu terpaksa menunggu sehingga 2032 sebelum negara itu menerima tiga kapal selam berkuasa nuklear terpakai daripada Amerika Syarikat.

Sejak 1996, Tentera Laut Australia mengoperasikan enam buah kapal selam diesel elektrik kelas-Collins yang berpangkalan di Fleet Base West di Australia Barat.

Kapal-kapal selam kelas-Collins seberat 3,100 tan (surfaced) dan 3,400 (dived) itu berkemampuan beroperasi sehingga 11,500 batu nautika (surfaced), 9,000 batu nautika (snorting) dan menyelam sehingga ke kedalaman 400 meter di bawah permukaan air.

Collins
Kapal selam kelas ‘Collins”

 

Dengan kelajuan 20 knot, kapal-kapal kelas-Collins itu dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu “Harpoon Block 1B” dan juga torpedo.

Tahun lepas selepas menandatangani perjanjian keselamatan dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom (AUKUS),  Australia mengumumkan ia akan memperolehi lima buah kapal selam berkuasa nuklear daripada Amerika Syarikat sekitar tahun 2030-an.

AUKUS membawa maksud Australia, United Kingdom dan United States.

Tiga daripada lima buah kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat yang akan dijual kepada Australia sekitar 2030 an adalah daripada kelas-Virginia, manakala kelas dua lagi buah kapal selam berkuasa nuklear itu belum lagi ditentukan.

Dibawah kerjasama keselamatan dan pertahanan di antara ketiga-tiga negara itu juga, Australia juga akan menerima kapal selam berkuasa nuklear terbaru dikenali sebagai “SSN-AUKUS” pada 2040-an berdasarkan kepada rekabentuk kapal selam berkuasa nuklear United Kingdom yang terbaru menggunakan teknologi propulsion nuklear Amerika Syarikat.

Virginia
Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia Tentera Laut Amerika Syarikat

 

Kapal-kapal selam yang bakal dioperasikan oleh Australia itu hanya dijana oleh reaktor nuklear tetapi tidak akan dilengkapi dengan dengan senjata-senjata nuklear.

Sebelum ini,  Australia turut bertindak membatalkan kontrak pembinaan 12 buah kapal selam diesel-elektrik dengan Perancis selepas melahirkan “kebimbangan” tentang kemampuan kapal-kapal selam buatan Perancis dalam menangani peningkatan ancaman China di Indo-Pasifik dan Laut China Selatan.

Australia menandatangani perjanjian dengan Perancis pada 2016 untuk membekalkan 12 buah kapal selam konvensional bernilai US$40 bilion.

Pembatalan itu adalah untuk membolehkan Australia memperolehi kapal-kapal selam berkuasa nuklear daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom. — DSA

Comments
Loading...