Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Panglima 5 Divisyen, “Bukan Kaleng-Kaleng”

0 2,655

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Berkuakuasa pada 7 Januari lepas, Mejar Jeneral Datuk Hj Mohd Halim bin Khalid telah mengambil alih tugas sebagai Panglima 5 Divisyen Ke-3.

Ia mungkin kedengaran suatu pengumuman yang biasa-biasa atau rutin, cuma beliau bukanlah seorang panglima yang “kaleng-kaleng”” kerana Mej Jeneral Datuk Hj Mohd Halim Khalid adalah penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 4 Jun 1994.

somalia
Anggota ATM ketika bertugas di Somalia di bawah panji-panji PBB. (gambar kredit pemilik)

Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) yang diwartakan pada 11 Ogos 1960 merupakan pingat keberanian kedua tertinggi dalam senarai pingat keberanian persekutuan.

Di dalam posting akaun Facebook “Lima Divisyen Nerang Separang” semalam, ia menyatakan Mejar Jeneral Datuk Hj Mohd Halim Khalid adalah antara pegawai dari Batalion Ke-19 RAMD(Mek) yang terlibat dalam misi pengaman PBB (MALBATT 1 UNOSOM II) di Mogadishu,Somalia dan antara trup Tentera Darat Malaysia yang terlibat dalam pertempuran BAKARA dengan salah satu peristiwa yang berlaku pada 3 dan 4 Okt 1993 telah difilemkan iaitu”Black Hawk Down”.

somalia
Anggota ATM ketika bertugas di Somalia di bawah panji-panji PBB. (gambar kredit pemilik)

Bagaimanapun, sebelum peristiwa pertempuran hebat itu, peristiwa bersejarah yang melibatkan Platun 4 Kompeni B 19 RAMD(Mek) pada 27 Sep 1993 yang diketuai oleh Mej Jeneral Datuk Hj Mohd Halim Khalid adalah di kawasan Benadir Supreme Court.

Insiden berlaku ketika bertugas mengawal keselamatan mahkamah yang melibatkan beberapa Pegawai-Pegawai Tinggi Kehakiman UNOSOM daripada menjadi korban puak Militia Aidid.

“Beliau (Mejar Jeneral Datuk Hj Mohd Halim Khalid) ketika itu berjaya menyelamatkan Ketua Hakim Markas UNOSOM II daripada tragedi pertempuran tersebut.

“Misi menyelamat yang sukar ini menzahirkan semangat keberanian yang luar biasa tanpa menghiraukan keselamatan diri, beliau bersama juga anggota-anggotanya melepaskan tembakan balas dan bertempur dengan puak militia telah memecahkan kepungan puak militia demi menyelamatkan nyawa Pegawai-Pegawai Tinggi Kehakiman UNOSOM,” menurut catatan di dalam akaun Facebook itu.

somalia
Seorang anggota penembak tepat ATM ketika bertugas di Somalia pada 1993. (gambar kredit pemilik)

Memang bukan “kaleng-kaleng”….. BATTLE PROVEN.

Liku-liku perjuangan ini digarapkan dalam naskhah buku secara eksklusif berjudul Belang Harimau Besi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka akan diterbitkan dalam jangka masa terdekat.

Mejar Jeneral Datuk Hj Mohd Halim Khalid  juga pernah memegang beberapa jawatan sebagai pegawai staf di Markas Tentera Darat dan Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Di peringkat antarabangsa beliau pernah ditugaskan sebagai Tim Pemantau Antarabangsa Mindano dan Penasihat Pertahanan di Abu Dhabi.

Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Panglima 6 Briged.

5 Divisyen

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...