Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kumpulan Palestin “Kuasai” Beberapa Bandar, Penempatan Penduduk di Selatan Israel

Sumber-sumber media di Palestin juga berkata kira-kira 35 anggota tentera dan orang awam Isreal telah berjaya ditawan oleh pejuang-pejuang Palestin setakat ini dan dibawa ke dalam Semenanjung Gaza, berkemungkinan untuk “disembunyikan”.

0 3,322

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Israel (IDF) mengesahkan bahawa kumpulan-kumpulan pejuang Palestin kini menguasai beberapa bandar dan penempatan penduduk di selatan Israel yang terletak berhampiran dengan sempadan Semenanjung Gaza-Israel.

Sumber-sumber media di Palestin juga berkata kira-kira 35 anggota tentera dan orang awam Isreal telah berjaya ditawan oleh pejuang-pejuang Palestin setakat ini dan dibawa ke dalam Semenanjung Gaza, berkemungkinan untuk “disembunyikan”.

Terdapat kemungkinan juga “tawanan-tawanan perang” itu juga akan digunakan oleh kumpulan bersenjata Palestin dalam rundingan dengan pihak berkuasa Israel selepas konflik bersenjata terbarui ini berakhir.

Selain mereka ditawan, laporan daripada media di Israel mengesahkan bahawa ramai anggota tentera dan orang awam Israel terbunuh dalam serangan kumpulan bersenjata Palestin yang menyelinap masuk ke selatan Israel awal pagi hari ini.

Diantara puluhan hingga kepada ratusan anggota bersenjata Palestin memasuki selatan Israel awal pagi hari menggunaakan kenderaan pacuan empat roda termasuk paraglider dan menyerang kedudukan pasukan keselamatan Israel.

Palestin
Anggota kumpulan bersenjata Palestin memasuki selatan Israel menggunakan motosikal.

 

Dalam masa yang sama, kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin turut melancarkan ribuan roket ke dalam Israel, mengenai penempatan penduduk dan kemudahan industri milik negara itu dan menyebabkan kebakaran besar di beberapa bandar.

Media-media Israel melaporkan bahawa kira-kira 22 penduduk Israel terbunuh manakala lebih daripada 500 orang tercedera sebahagian besarnya parah akibat bedilan roket-roket yang dilancarkan oleh kumpulan bersenjata Israel.

Serangan-serangan roket masih berterusan sehingga kini.

Laporan-laporan juga menyatakan dalam serangan pantas dan teratur itu,  kumpulan pejuang Palestin juga telah menawan beberapa kem dan penempatan tentera Israel di Erez yang terletak berhampiran sempadan Gaza-Israel, selepas berlakunya pertempuran sengit dengan anggota tentera Israel yang mengawalnya.

Laporan menyatakan bahawa empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam serangan terhadap kem mereka di kawasan sempadan itu manakala beberapa ditawan dan dibawa ke Semenanjung Gaza.

Palestin

Kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin juga dikatakan telah menawan beberapa kereta kebal utama “Merkava 3” dan kenderaan perisai “Namer” yang berada di dalam kem tentera Israel yang berjaya ditawan itu.

Kenderaan-kenderaan tentera Israel seperti Humvee dan kenderaan MRAP juga berjaya ditawan oleh kumpulan bersenjata Palestin dan dibawa balik ke Semenanjung Gaza.

Video yang viral di media sosial pula menunjukkan sebuah kereta kebal Merkava 3 milik tentera Israel yang beroperasi di sempadan Gaza-Israel terbakar selepas ia dibedil oleh senjata anti-kebal milik pejuang Palestin.

Imej krew-krew kereta kebal Israel itu yang cedera parah itu juga viral di media sosial, dengan anggota bersenjata Palestin dilihat membawa mereka ke Semenanjung Gaza.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam kenyataan segera mengisytiharkan bahawa negara itu berada di dalam keadaan peperangan dan mengeluarkan kerahan terhadap 10,000 anggota tentera simpanan.

Palestin
Anggota bersenjata Palestin bertempur dengan tentera Israel di salah satu kem tentera Israel di sempadan Gaza-Israel. (socmed)

 

Netanyahu juga menyatakan bahawa Hamas dan kumpulan bersenjata Palestin yang lain akan menyesali tindakan mereka hari ini kerana tentera Israel akan bertindak bagi mengambilalih bandar dan penempatan-penempatan penduduk Yahudi di selatan negara itu yang “ditawan”.

Pada ketika ini, Israel telah mula melancarkan serangan udara terhadap Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, penduduk Israel telah mula mempersoalkan keberkesanan sistem pertahanan udara “Iron Dome” dan juga agensi perisikan MOSSAD kerana kegagalan mereka menjangkakan serangan oleh kumpulan bersenjata Palestin itu. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...