Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Pengangkut Pesawat Amerika, USS Nimitz Kini Di Laut China Selatan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal pengangkut pesawat USS Nimitz dan kumpulan kapal-kapal perangnya daripada Nimitz Carrier Strike Group akan melaksanakan operasi-operasi rutin di Laut China Selatan termasuk latihan serangan maritim, operasi penerbangan dan aktiviti anti-kapal selam.

0 2,514

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa hari lepas, kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Nimitz (CVN-68) dan keseluruhan Nimitz Carrier Strike Group telah memulakan kehadiran mereka di Laut China Selatan, yang sebahagian besarnya dituntut oleh China sebagai haknya.

Ia adalah kerahan pertama bagi Nimitz Carrier Strike Group di Laut China Selatan untuk tempoh 2022-2023.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal pengangkut pesawat dan kumpulan kapal-kapal perangnya akan melaksanakan operasi-operasi rutin di Laut China Selatan termasuk latihan serangan maritim, operasi penerbangan dan aktiviti anti-kapal selam.

“Nimitz Carrier Strike Group mempunyai kemampuan untuk mendatangkan kesan-kesan lethal dan non-lethal daripada angkasa lepas ke bawah permukaan air di keseluruhan domain,” menurut Komander Carrier Strike Group 11 Laksamana Christopher Sweeney dalam kenyataan itu lagi.

Nimitz Carrier Strike Group komited untuk memastikan hak-hak,kebebasan dan penggunaan perairan (Laut China Selatan) yang dibenarkan oleh undang-undang serta menegakkan order antarabangsa bersama-sama negara sekutu dan rakan.

USS Nimitz
(kredit DVIDS)

 

Carrier Strike Group 11 bersedia memberikan kekuatan maritim (maritime force) jika diperlukan.

Nimitz Carrier Strike Group terdiri daripada USS Nimitz, Carrier Air Wing, kapal cruiser USS Bunker Hill dan tiga buah kapal destroyer iaitu USS Decatur, USS Chung Hoon dan USS Wayne E-Meyer.

Selain kapal-kapal perang daripada Nimitz Carrier Strike Group, kapal-kapal perang daripada Makin Island Amphibious Ready Group (ARG) juga dipercayai berada di Singapura selepas ia menamatkan latihan di Laut China Selatan bersama-sama kapal perang Tentera Laut Republik Singapura.

USS Nimitz
(kredit DVIDS)

 

Makin Island ARG terdiri daripada kapal amphibious assault ship USS Makin Island dan 13th Marine Expeditionary Unit dan dua buah kapal landing platform dock, USS John P.Murtha dan USS Anchorage.

Makin Island ARG juga membawa pesawat-pesawat pejuang F-35B milik Kor Marine dan Ospreys.

Makin Island
Makin Island Amphibious Ready Group

 

Menyedari kehadiran Nimitz Carrier Strike Group dan Makin Island ARG di Laut China Selatan, China juga dikatakan telah meningkatkan aktiviti ketenteraan mereka di perairan yang strategik itu.

Ia termasuk mengerahkan beberapa buah kapal destroyer dan frigetnya untuk memantau (shadow) kapal-kapal perang Amerika Syarikat itu. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

 

Comments
Loading...