Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

40 Buah Motosikal Berkuasa Tinggi BMW R1250RT Untuk Kor Polis Tentera

Menurut kenyataan Tentera Darat menerusi media sosialnya hari ini, perolehan motosikal berkuasa tinggi Model BMW R1250RT itu adalah secara sewaan daripada syarikat Ammo Defence Sdn Bhd untuk tempoh lima tahun bagi membantu kor itu melaksanakan tugas kepolisian dengan berkesan.

0 2,813

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) telah menerima sebanyak 40 buah motosikal berkuasa tinggi Model BMW R1250RT bagi membantu kor terbabit melaksanakan tugas-tugas kepolisian dengan lebih berkesan.

Kesemua motosikal berkuasa tinggi itu telah diserahkan kepada kor itu oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dalam satu majlis yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Setapak hari ini.

Penyerahan motosikal penguatkuasa berkuasa tinggi itu adalah manifestasi kepada usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Tentera Darat Malaysia bagi mempertingkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan Kor Polis Tentera Diraja.

Menurut kenyataan Tentera Darat menerusi media sosialnya hari ini, perolehan motosikal berkuasa itu adalah secara sewaan daripada syarikat Ammo Defence Sdn Bhd untuk tempoh lima tahun bagi membantu kor itu melaksanakan tugas kepolisian dengan berkesan.

“Model BMW R1250RT adalah motosikal dari kelas Sport Touring  yang menawarkan kuasa kelajuan dan keselesaaan serta ciri-ciri keselamatan bagi tunggangan jarak jauh,” menurut kenyataan oleh Tentera Darat itu.

BMW R1250RT
(Tentera Darat)
BMW R1250RT
(Tentera Darat)

 

Pelaksanaan rancangan untuk perolehan motosikal penguatkuasa melalui perkhidmatan sewaan ini  adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu  “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” yang memberi penekanan kepada peningkatan keupayaan mobiliti dan logistik berpandukan kepada penjajaran aset sedia ada.

Turut hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Bin Jantan serta barisan pegawai kanan Tentera Darat Malaysia. — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...