Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MiG-29 Ukraine Kini Bawa Peluru Berpandu Anti-Radiasi Amerika

Pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa ia telah mengirimkan sejumlah peluru berpandu AGM-88 High Speed Anti-Radiation Missile (HARM) ke Ukraine, menyatakan bahawa usaha mengintegrasi peluru berpandu buatan Amerika kepada pesawat Russia milik Tentera Udara Ukraine telah berjaya dilakukan.

0 3,182

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang MiG-29 milik Tentera Udara Ukraine telah diubahsuai bagi membolehkan ia membawa peluru berpandu AGM-88 High Speed Anti-Radiation Missile (HARM) buatan Amerika Syarikat untuk misi-misi Suppression of Enemy Air Defence/Destruction of Enemy Air Defence (SEAD/DEAD) terhadap jaringan sistem pertahanan udara Russia.

Peluru berpandu anti-radiasi AGM-88 HARM yang mempunyai keupayaan membedil sasaran sejauh 150km itu telah dibangunkan oleh syarikat Raytheon Corporation.

Pengubahsuaian terhadap pesawat-pesawat MiG-29 bagi membolehkan ia dilengkapkan dengan peluru berpandu HARM itu dilakukan oleh jurutera Ukraine dengan bantuan pakar-pakar Amerika Syarikat.

HARM

Sebelum ini tidak ada mana-mana pesawat buatan Russia dilengkapkan dengan senjata buatan Amerika Syarikat.

Pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang mengesahkan bahawa ia telah mengirimkan sejumlah peluru berpandu AGM-88 HARM ke Ukraine, menyatakan bahawa usaha mengintegrasi peluru berpandu buatan Amerika kepada pesawat Russia telah berjaya dilakukan.

“Kejayaan usaha mengintegrasi peluru berpandu HARM kepada pesawat Russia milik Tentera Udara Ukraine telah membantu ia memusnahkan sistem pertahanan udara Russia. Jabatan Pertahanan Amerika akan menghantar lebih banyak peluru berpandu HARM kepada Ukraine,” kata jurucakap Pentagon kepada media Amerika Syarikat.

HARM
Peluru berpandu anti-radiasi HARM dibangunkan oleh Raytheon Corp.

 

Kenyataan Pentagon bahawa ia akan menghantar lebih banyak peluru berpandu anti-radiasi HARM kepada Ukraine, menunjukkan peluru berpandu canggih itu telah menemui kejayaan dalam memusnahkan sistem pertahanan udara Russia setakat ini.

Bukti-bukti mengenai penghantaran peluru berpandu anti-radiasi buatan Amerika Syarikat untuk digunakan oleh pesawat Tentera Udara Ukraine mula dihidu oleh media selepas beberapa keping gambar serpihan peluru berpandu itu muncul di dalam media-media sosial Russia.

Gambar-gambar yang diedarkan oleh tentera Russia turut memaparkan nombor siri peluru berpandu itu.

HARM
Serpihan peluru berpandu HARM ditemui oleh tentera Russia.

 

Tidak lama selepas gambar-gambar itu tersedar, pegawai kanan Pentagon telah mengesahkan bahawa Amerika Syarikat telah mengirimkan sejumlah peluru berpandu anti-radiasi itu kepada tentera Ukraine.

Pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Ukraine menggunakan peluru berpandu anti-radiasi HARM itu untuk memusnahkan sistem pertahanan udara Russia di wilayah Donbass di timur Ukraine yang kini dikuasai oleh Russia.

Menurut pegawai kanan tentera Ukraine, tentera Russia telah mewujudkan jaringan sistem pertahanan udara yang berkesan di wilayah Donbas itu, sekaligus menyukarkan pesawat pejuang negara itu untuk beroperasi.

HARM

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Menurut mereka,  keberkesanan jaringan sistem pertahanan udara Russia di timur Ukraine telah menyebabkan sistem-sistem seperti pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB2 “gagal berfungsi.”

Disebabkan perkara itu, pihak Amerika Syarikat telah menghantar sistem persenjataan yang khusus untuk menangani sistem pertahanan udara Russia itu. — DSA

 

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

  

Comments
Loading...