Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bimbang Serangan Dron Hamas, Israel Lengkapi Merkava Dengan “Cope Cages”

Dalam gambar-gambar yang diterbitkan oleh agensi Getty Images menunjukkan sekumpulan kereta kebal “Merkava” 4 yang berkumpul menanti arahan menceroboh Semenanjung Gaza telah dilengkapkan dengan “Cope Cages” bagi melindunginya darpada serangan dron-dron membawa bahan letupan dan peluru itu.

0 1,154

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Israel mula melengkapkan kereta-kereta kebal Merkava miliknya dengan jaring besi di atas turretnya dipanggil “Cope Cages” sebagaimana dilakukan oleh kereta-kereta kebal tentera Russia pada konflik dengan Ukraine.

“Cope Cages” itu bertujuan melindungi bahagian atas kereta kebal itu daripada ancaman bahan letupan atau peluru-peluru yang digugurkan oleh dron-dron kecil.

Dalam gambar-gambar yang diterbitkan oleh agensi Getty Images menunjukkan sekumpulan kereta kebal “Merkava” 4 yang berkumpul menanti arahan menceroboh Semenanjung Gaza telah dilengkapkan dengan “Cope Cages” bagi melindunginya darpada serangan dron-dron membawa bahan letupan dan peluru itu.

Gambar-gambar daripada media sosial di Israel juga dilihat kereta-kereta kebal Merkava itu telah dilengkapi dengan “Cope Cages” untuk melindunginya daripada serangan dron bersenjata.

Dalam serangan yang dilaksanakan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober yang merupakan hari pertama kempen serangan oleh pejuang Hamas menunjukkan sebuah kereta kebal Merkava 4 milik tentera Israel telah musnah selepas bahagian atas turretnya terkena roket PG-7VR yang digugurkan oleh dron-dron milik pejuang itu.

Merkava

Roket-roket PG-7VR itu dilengkap dengan peledak Tandem HEAT (High Explosive Anti-Tank)  yang terbukti berkesan di dalam jarak 200 meter.

Video Hamas yang tersebar itu menunjukkan kereta kebal Merkava itu meletup selepas bahagian atasnya terkena dengan roket anti-kereta kebal PG-7VR itu.

Dipercayai kereta-kereta kebal Merkava yang berjaya dimusnahkan itu turut dilengkapi dengan sistem pertahanan aktif APS “Trophy.”

Bagaimanapun sistem pertahanan itu yang dibangunkan oleh syarikat Rafael daripada Israel dan Leonardo DRS hanya melindungi kereta kebal itu daripada ancaman di sekelilinginya dan bukan daripada atas.

Selain melindunginya daripada dron-dron bersenjata , “Cope Cages” yang dipasang pada kereta-kereta kebal Merkava itu juga bertujuan untuk melindunginya daripada serangan peluru berpandu anti-kereta kebal yang menggunakan mode “top attack”.

Merkava

Merkava

Serangan  mod “top attack” mensasarkan bahagian atas turret kereta kebal itu sasaran, sebagaimana yang dilakukan oleh dron-dron milik pejuang Hamas yang mengugurkan roket-roket anti-kereta kebal.

Pada ketika ini tidak dapat dipastikan sama pejuang-pejuang Hamas dan Hezbollah dilengkapi dengan sistem-sistem peluru berpandu anti-kereta kebal yang mengaplikasikan mod serangan “top attack” untuk memusnahkan kereta kebal.

Sistem APS “Trophy” merupakan sistem pertahanan aktif yang paling banyak diuji di medan peperangan dengan kira-kira 1,500 kereta kebal Merkava 4 dan kenderaan-kenderaan daratnya telah dilengkapi dengan sistem pertahanan itu.

Sistem APS “Trophy” itu menggunakan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) untuk memberikan perlindungan 360 darjah daripada sebarang ancaman.

Sebaik sahaja ancaman itu dikesan oleh radar AESA itu, sistem APS “Trophy” itu melancarkan apa yang dipanggil sebagai “penetrator” bagi memusnahkan sebarang bentuk peluru yang sedang menuju kearah kereta kebal itu.

Kesemuanya berlaku dalam tempoh milli-saat. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...