Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pak Menteri Melawat Projek LCS Di Lumut, Apa Kesudahannya?

TLDM dalam kenyataan berharap lawatan kerja tersebut diharap dapat melancarkan lagi proses pembinaan dan perolehan aset baru untuk TLDM berikutan aset pertahanan maritim negara yang kian usang demi mempertahankan perairan tanah air tercinta.

0 1,895

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jawatankuasa Khas Menteri telah melakukan lawatan ke Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd berhubung isu pembinaan kapal tempur pesisir iaitu Littoral Combat Ship (LCS) di Lumut,Perak hari ini.

Delegasi lawatan sehari itu telah diketuai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Usahawan Tan Sri Noh Omar, Menteri Pendidikan,Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Turut sama dalam lawatan itu adalah Timbalan Panglima TLDM dan Assiten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Laut.

LCS
TLDM

 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini, ia berkata projek pembinaan kapal LCS itu adalah salah satu elemen penting dalam program Transformasi Armada TLDM 15 to 5 yang akan memperkasakan kesiapsiagaan TLDM dalam tanggungjawabnya mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Sewajarnya projek berskala besar ini diberi tumpuan oleh kerajaan kerana ia membabitkan aset strategik yang dapat memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara berada pada tahap yang optimum.

Dengan lawatan kerja tersebut diharap dapat melancarkan lagi proses pembinaan dan perolehan aset baru untuk TLDM berikutan aset pertahanan maritim negara yang kian usang demi mempertahankan perairan tanah air tercinta.

LCS
(TLDM)

 

Daripada ayat di atas itu, kita dapat merasakan betapa kecewanya TLDM berkenaan isu pembinaan kapal LCS ini yang sudah tertangguh selama bertahun-tahun ini serta perolehan aset-aset baru untuk menggantikan aset yang sudah usang.

Kerajaan perlu mengambil serius kenyataan TLDM itu berkenaan aset pertahanan maritim yang semakin usang itu, kerana apa yang dapat dilihat adalah kerajaan amat lambat dalam aspek perolehan aset-aset baru untuk menggantikan aset yang usang.

Ini bukan sahaja melibatkan aset-aset TLDM,tetapi juga TUDM dan Tentera Darat.

LCS

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dikala kawasan perairan kita (sama ada territorial sea atau EEZ) di Laut China Selatan kerap dicerobohi oleh kapal-kapal milik China, di pihak kerajaan seolah-olah tiada “sense of urgency” dalam meningkatkan perolehan aset baru untuk menangani pencerobohan China itu.

Tender untuk Pesawat Peronda Maritim (MPA) sudah lama ditutup, tetapi sehingga kini tiada khabar berita tentang statusnya serta beberapa lagi perolehan aset yang lain seperti UAS antaranya.

Semoga pameran DSA pada minggu depan akan memberikan khabar gembira untuk beberapa perolehan aset baru untuk ATM.

Jangan biarkan ia diselubungi MISTERI. (admin pun tak tahu sama ada hendak pergi ke DSA atau tidak) — DSA

 

 

Comments
Loading...