Maritim Malaysia Bakal Peroleh Kapal Misi Pelbagai Guna Bernilai RM350 Juta
“Kapal ini jelas beliau akan dilengkapi dengan pelbagai keupayaan pelbagai misi operasi yang membolehkan Maritim Malaysia melaksanakan operasi di laut dengan lebih berkesan."-- Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diperuntukkan sejumlah RM350 juta untuk perolehan sebuah kapal misi pelbagai guna (Multi Purpose Mission Ship), menurut Ketua Pengarahnya Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.
Katanya, kapal misi pelbagai guna itu akan membolehkan Maritim Malaysia melaksanakan operasi di laut dengan lebih berkesan.
“Kapal ini jelas beliau akan dilengkapi dengan pelbagai keupayaan pelbagai misi operasi yang membolehkan Maritim Malaysia melaksanakan operasi di laut dengan lebih berkesan,” menurut beliau dalam satu kenyataan.
Selain itu, sejumlah RM160 juta pula diperuntukkan bagi perolehan dua buah Kapal Peronda Generasi Baharu (New Generation Patrol Craft).
Kapal NGPC itu bakal dilengkapi dengan teknologi terkini dalam usaha meningkatkan keupayaan rondaan dan penguatkuasaandi kawasan perairan yang lebih luas dan mencabar.

Mohd Rosli juga memaklumkan pihaknya menerima peruntukan RM150 juta untuk penyelenggaraan enam buah kapal sedia ada di bawah Ship Life Extension Programme (SLEP) atau Pelanjutan Hayat Kapal.
Fasa dua bagi memastikan jangka hayat operasi kapal-kapal berkenaan dapat dioptimumkan, katanya.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia juga berkata pihaknya bakal menerima sebuah kapal peronda United States Coast Guard Cutter (USCGC)bagi meningkatkan lagi keupayaan Agensi memantau perairan negara, terutamanyadi kawasan-kawasan strategik.
Bagi tujuan tersebut, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM15 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan kapal berkenaan sebelum ia dibawa pulang ke negara ini tahun hadapan.
Dalam kenyataan sebelum ini, beliau mengesahkan bahawa USCG STEADFAST berada dalam keadaan yang baik dan ruang kerja di dalamnya amat selesa bagi menempatkan pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.

Comments are closed.