Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina, Amerika Cadang Laksana Rondaan Bersama Di Laut China Selatan

Filipina dan Amerika Syarikat sedang berbincang tentang kerjasama maritim yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua negara pada masa depan termasuk menjalankan rondaan bersama di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Filipina di Laut China Selatan.

0 1,314

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Filipina dan Amerika Syarikat sedang berbincang tentang kerjasama maritim yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua negara pada masa depan termasuk menjalankan rondaan bersama di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Filipina di Laut China Selatan.

Perairan EEZ Filipina yang terletak di barat negara itu merupakan sebahagian daripada Laut China Selatan dan juga dikenali sebagai Laut Filipina Barat (West Philippine Sea) oleh Manila.

Sebahagian atau keseluruhan daripada kawasan perairan EEZ Filipina di Laut China Selatan termasuk terumbu karang dan ciri-ciri maritim itu juga dituntut oleh pihak China.

Filipina
Kapal friget Tentera Laut Filipina “BRP Antonio Luna”

 

Duta Filipina ke Amerika Syarikat Jose Manuel Romualdez berkata cadangan supaya rondaan bersama di Laut China Selatan itu sedang dibincangkan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan dan Luar Negeri kedua-dua negara.  

“Kami akan meneruskan usaha meningkatkan perikatan (alliance) ketenteraan kedua-dua negara termasuk rondaan bersama sekiranya kita perlu melakukannya. Walau apapun hubungan di antara Manila dan Washington adalah amat kukuh,” katanya.

Beliau berkata Presiden Ferdinand Marcos Jr sentiasa terbuka untuk menyokong cadangan yang akan memberi faedah kepada negara dan serta meningkatkan kemampuan pertahanan Filipina.

Duta Amerika Syarikat ke Filipina  Mary Kay Carlson pula berkata bahawa Washington bersedia berhubung dengan Manila mengenai kerjasama maritim tambahan dengan negara Asia Tenggara itu.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan Pengawal Pantai Filipina dalam soal itu, sama ada rondaan bersama atau aktiviti lain, namun apa yang penting adalah ia dilaksanakan dengan kerjasama rakan Filipina,” katanya.

Filipina

Angkatan tentera kedua-dua negara memiliki sejarah ketenteraan yang panjang menyentuh  kerjasama yang kukuh.

Kedua-dua negara menjalin kerjasama kira-kira 500 kali dalam setahun, termasuk dalam skala besar seperti Eksesais Balikatan,  yang melibatkan ribuan angkatan tentera daripada kedua-dua angkatan tentera.

Bekas Menteri Luar Filipina Setausaha pernah menyatakan bahawa persetujuan untuk melakukan rondaan bersama antara kedua-dua negara telah pun dipersetujui pada 2016, tetapi rancangan rondaan bersama itu telah ditangguhkan ketika pemerintahan Presiden Rodrigo Duterte.

Filipina telah memfailkan kes menentang China pada 22 Januari 2013 kepada PCA seperti yang dibenarkan dalam Artikel 287 LOSC (Law Of The Sea Convention)

Kerajaan Beijing, bagaimanapun, enggan menerima proses timbangtara yang dimulakan oleh Filipina ini.
Keengganan China untuk menyertai timbangtara ini tidak menghalang PCA untuk memulakan prosiding seperti yang dipohon oleh Filipina.
apps

 

Pada 2016, Tribunal Timbangtara Antarabangsa (PCA) di the Hague, Belanda telah membuat keputusan menolak tuntutan China ke atas Laut China Selatan menerusi “Nine Dash Line.”

PCA secara sebulat suara membuat keputusan bahawa ‘Nine Dash Line’ yang dituntut China berdasarkan hak bersejarah adalah tidak berketepatan menurut undang-undang antarabangsa.
Kerajaan China juga telah diarahkan untuk memberhentikan segala aktiviti penambakan di Laut China Selatan.
Keputusan PCA adalah mutlak dan muktamad.
Bagaimanapun, memandangkan keputusan ini dibuat secara unilateral tanpa penyertaan China di PCA, kerajaan Beijing telah bertindak menolak keputusan ini. — DSA

 

 

Comments
Loading...