Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lapan Anggota Tentera Israel Terbunuh, Kereta Perisai “Namer” Mereka Musnah Dibedil di Rafah

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu yang menyebabkan lapan orang anggota tenteranya terbakar dan terbunuh dalam kenderaan perisai Namer mereka selepas ia dibedil oleh peluru berpandu anti-kereta kebal pejuang Palestin.

0 7,509

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lapan anggota tentera Israel terbunuh selepas kereta perisai Namer dinaiki mereka terkena bedilan peluru berpandu anti-kereta dilancar kebal pejuang Palestin di Rafah, menyebabkan kereta perisai itu terbakar dan musnah sepenuhnya.

Insiden tersebut berlaku ketika tentera Israel sedang melaksanakan operasi ketenteraan di suatu kawasan dinamakan khemah pelarian Tel Sultan di Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu yang menyebabkan lapan orang anggota tenteranya terbakar dan terbunuh dalam kenderaan perisai Namer mereka selepas ia dibedil oleh peluru berpandu anti-kereta kebal pejuang Palestin.

Tentera Yahudi itu juga menamakan salah seorang anggote tenteranya yang terbunuh itu dikenali sebagai Kapten Wasem Mahmoud yang merupakan seorang kompeni komander Batallion Kejuruteraan ke-601 Tentera Israel.

Beliau merupakan sorang berbangsa Arab Druze yang berasal daripada Beit Jan.

Namer

Nama-nama tujuh lagi anggota tentera Israel yang terbunuh dalam insiden di Rafah itu tidak dikeluarkan oleh pihak tentera negara itu.

Menurut laporan, insiden yang berlaku kira-kira 5 pagi (Sabtu) tu berlaku ketika anggota tentera Israel di dalam konvoi lima atau enam kenderaan tentera menuju ke kawasan rehat selepas selesai melaksanakan misi tentera di sebuah kawasan berhampiran.

Sedang berada di dalam konvoi itu, kereta perisai Namer dinaiki lapan anggota tentera Israel itu telah terkena bedilan peluru berpandu anti-kereta kebal dilancar oleh pejuang Palestin menyebabkan ia terbakar dan musnah sepenuhnya.

Tentera Israel menyatakan bahawa kelapan-lapan anggota tentera Israel itu mati dengan serta-merta.

Menurut pemerhati tentera Israel, insiden yang berlaku di Rafah hari ini adalah kejadian terburuk dialami oleh tentera Israel pada tahun ini selepas 21 anggota tentera negara itu terbunuh selepas bangunan dimana mereka berada runtuh selepas ia dibedil oleh pejuang Palestin.

Kenderaan perisai Namer yang dinaiki oleh lapan anggota tentera Israel sebelum ia dimusnahkan oleh pejuang Palestin dilaporkan adalah di antara kereta perisai paling baik dan paling dilindungi di dunia.

Namer

Memiliki berat 62 tan, berat kereta perisai Namer itu menyamai berat kereta-kereta kebal utama dunia.

Kereta perisai Namer Israel itu dibangunkan hasil pengajaran dan pengalaman tentera Israel berhadapan dengan musuh-musuhnya sebelum ini.

Varian terkini kereta perisai kebanggaan tentera Israel itu dikenali sebagai “Namer 1500” yang menggunakan chasis kereta kebal utama Merkava Mk 4 yang digunakan oleh pasukan armor tentera Israel.

Armor kereta perisai Namer itu adalah menyamai kereta kebal Merkava, membolehkan Namer dikenali sebagai kereta perisai yang mempunyai ketahanan terbaik di dunia.

Selain itu varian terkini kereta perisai Namer itu dilaporkan juga dilengkapi dengan sistem “Trophy” Active Protection System (APS) bagi membolehkannya menangani serangan rocket propelled grenade (RPG) dan juga peluru berpandu anti-kereta kebal.

Sehingga tahun 2021, dianggarkan sebanyak 270 kereta perisai Namer telah dibekalkan kepada tentera Israel untuk digunakan oleh anggota tenteranya. — DSA

Comments
Loading...