Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Anggota Tentera Ukraine Kritik Hebat Prestasi, Kemampuan Kereta Kebal M1A1 Abrams Amerika

Hanya beberapa bulan selepas ia dikerah ke medan peperangan di Ukraine dan lima buah kereta kebal M1A1 Abrams telah pun disahkan musnah, suara-suara kritikal terhadap prestasi kereta kebal kebanggaan Amerika Syarikat itu semakin kuat kedengaran.

0 11,625

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Ketika mula-mula dihantar ke Ukraine, kereta kebal M1A1 Abrams yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat dianggap sebagai “game changer” atau aset tentera yang akan mengubah keadaan di medan peperangan dengan memberikan kelebihan kepada tentera Ukraine.

Namun beberapa bulan selepas ia dikerah ke medan peperangan di Ukraine dan lima buah kereta kebal M1A1 Abrams telah pun disahkan musnah walaupun tidak lebih sebulan dikerah ke medan, suara-suara sumbang yang amat kritikal terhadap prestasi kereta kebal kebanggaan Amerika Syarikat itu semakin kuat kedengaran.

Daripada kereta kebal yang dianggap boleh memberikan kemenangan kepada tentera Ukraine, kereta kebal M1A1 Abrams kini dianggap sebagai kereta kebal yang mempunyai banyak “masalah” dan ketinggalan zaman terutamanya daripada segi armornya.

Menurut laporan oleh stesen televisyen terkenal yang berpangkalan di Amerika Syarikat, CNN pada 29 Mei 2024, krew-krew Ukraine yang mengendalikan kereta kebal M1A1 Abrams itu menyifatkannya sebagai kereta kebal yang dibelenggu dengan pelbagai isu dan masalah.

Antara yang menjadi bahan kritikan krew-krew Ukraine yang mengendalikan kereta kebal M1A1 Abrams itu adalah masalah teknikal (technical glitches) seperti kegagalan sistem elektronik kereta kebal itu berfungsi akibat pemeluwapan (condensation atau kondensasi).

Abrams
Kereta kebal Abrams yang musnah dipamerkan di Victory Park, Moscow.

 

Menurut krew-krew kereta kebal terbabit, kawasan di dalam kereta kebal M1A1 Abrams mengalami perubahan suhu yang ketara sehingga boleh menyebabkan pemeluwapan dan menjejaskan operasi sistem elektronik miliknya.

Selain itu, pemeluwapan itu juga boleh mencetuskan litar pintas (short circuit), berkarat dan pelbagai masalah lain sehingga menjejaskan fungsi sesuatu sistem elektronik milik kereta kebal utama Amerika Syarikat itu.

Antara komponen elektronik yang kritikal pada kereta kebal M1A1 Abrams adalah Sistem Kawalan Tembakan (Fire Control System) .

Jika pemeluwapan berlaku di sekitar Sistem Kawalan Tembakan itu, ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi atau ketidaktepatan, sehingga memberikan kesan yang besar terhadap keberkesanan kereta kebal itu.

Satu lagi sistem kritikal kereta kebal M1A1 Abrams yang berhadapan masalah akibat masalah pemeluwapan adalah sistem komunikasi sehingga boleh menghalang komunikasi antara krew kereta kebal itu dengan unit-unit tentera yang lain.

Tanpa sistem komunikasi, kereta kebal M1A1 Abrams itu boleh “terasing” daripada unit-unit lain, yang boleh menentukan sama ada krew kereta kebal itu “terus hidup atau mati.”

Abrams
Sebuah lagi kereta kebal Abrams yang musnah di Ukraine

 

Selain itu, sistem navigasi kereta kebal M1A1 Abrams juga berhadapan dengan masalah sehingga menyebabkan ia pernyataan yang salah kepada krew-krew kereta kebal terbabit.

Kereta kebal M1A1 Abrams sebagaimana kereta-kereta kebal moden yang lain, bergantung kepada sistem elektronik untuk membolehkannya memainkan peranan di medan peperangan.

Sistem-sistem elektronik yang digunakan oleh kereta kebal M1A1 Abrams itu termasuklah sistem navigasi, sistem komunikasi dan Sistem Kawalan Tembakan (FCS) yang kesemuanya adalah amat penting dalam kempen ketenteraan di Ukraine.

Menurut seorang krew kereta kebal M1A1 Abrams telah mengalami kemusnahan akibat serangan dron-dron, peluru berpandu anti-kereta kebal dan tembakan oleh kereta kebal musuh.

Krew-krew kereta kebal M1A1 Abrams menyatakan bahawa kereta kebal mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran di lapangan termasuk serangan dron,  

Satu lagi masalah kritikal yang disuarakan oleh krew-krew kereta kebal Abrams Ukraine adalah tentang armornya yang disifatkan oleh mereka “tidak mencukupi” untuk beraksi di medan-medan peperangan moden.

Abrams
Kereta kebal Abrams sedang terbakar di Ukraine.

 

Kemusnahan kereta-kereta kebal Abrams yang dioperasikan oleh anggota tentera Ukraine telah menjejaskan moral mereka kerana kereta-kereta kebal yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat ini dianggap sebagai “game changer” dalam memastikan kemenangan mereka ketika berhadapan dengan tentera Russia.

Bagi tentera Russia pula, mereka sememangnya menjadikan kereta-kereta kebal sebagai sasaran yang amat diburu kerana status sebagai senjata utama Amerika Syarikat.

Penganalisis ketenteraan menyatakan bahawa kereta-kereta kebal Abrams yang dihantar ke Ukraine tidak dilengkapi dengan armor komposit dinamakan “Chobham” yang dikatakan amat berkesan dengan peluru-peluru kinetik dan dengan kepala peledak shaped charged.

Disebabkan ketidakmampuannya untuk terus beraksi di medan peperangan di Ukraine, maka pada April lalu, Amerika Syarikat terpaksa “membawa keluar” kereta-kereta kebal M1A1 Abrams yang didermakannya kepada Ukraine daripada barisan hadapan peperangan berikutan ancaman dariapada dron-dron berani mati Russia.

Dua orang pegawai tentera Amerika Syarikat memberitahu agensi berita The Associated Press bahawa kereta-kereta kebal M1A1 Abrams diderma oleh Amerika Syarikat itu tidak boleh beroperasi di medan peperangan tanpa dikesan dan dibedil dengan kejam oleh dron-dron tentera Russia.

Disebabkan ancaman daripada dron-dron Russia itu, lima daripada 31 kereta kebal Abrams yang diderma oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine disahkan telah musnah dibedil tentera Russia setakat ini.

Abrams
Salah sebuah kereta kebal Abrams yang musnah di Ukraine.

 

Amerika Syarikat membekalkan 31 buah kereta kebal Abrams berharga US$10 juta (RM45 juta) setiap sebuah kepada Ukraine pada Januari tahun lepas bagi membantu tenteranya menangani serangan armor oleh pihak Russia.

Bagaimanapun keadaan di medan peperangan Ukraine telah banyak berubah sejak kehadiran kereta kebal Abrams di medan pertempuran, dengan dron-dron pemantau dan berani mati Russia memberikan ancaman yang besar terhadap kereta kebal Amerika Syarikat itu.

Dron-dron pemantau dan berani mati Russia itu telah membuatkan usaha Ukraine untuk melindungi kereta kebal Abrams itu menjadi amat sukar kerana ia menjadikan usaha Russia untuk mengesan dan memburu kereta-kereta kebal Amerika Syarikar itu amat mudah.

Sebenarnya, kebanyakkan penganalisis tentera sudah pun menjangkakan bahawa kereta kebal Abrams tidak sesuai untuk dioperasikan di barisan hadapan Ukraine, dengan ramai daripada mereka menyatakan keadaan muka bumi dan tentera Ukraine yang belum cukup mahir untuk mengendalikan kereta kebal Abrams akan menjadi cabaran terbesar.

Menurut penganalisis itu, kereta kebal Abrams merupakan kereta kebal yang “cerewet” untuk dikendalikan dan memerlukan penyelenggaran yang cukup teliti bagi membolehkan ia terus beroperasi untuk suatu jangkamasa yang panjang tanpa masalah.

Abrams

Sebagai angkatan tentera yang secara tradisinya menggunakan kelengkapan tentera Russia yang lasak dengan penyelenggaran yang minima,  tentera Ukraine tidak mempunyai pengalaman untuk mengoperasikan sistem persenjataan buatan negara Barat yang memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan yang tinggi.

Menurut media terkenal Amerika Syarikat “Forbes”, kereta kebal Abrams yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine mempunyai masalah besar yang membuatkan kereta kebal itu tidak sesuai untuk digunakan di medan pertempuran di timur Eropah,terutamanya ketika musim sejuk yang panjang dan luruh. — DSA

 

Comments
Loading...