Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara Uji Enjin Peluru Berpandu Ballistik Jarak Sederhana “Pemusnah” Guam

Bagi Korea Utara, pembangunan sistem peluru berpandu ballistik jarak sederhana menggunakan bahan api pepejal adalah amat penting kerana ia adalah peluru berpandu utama digunakan untuk mensasar dan memusnahkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Guam, Lautan Pasifik.

0 2,063

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Utara dilaporkan sedang menguji enjin bagi peluru berpandu ballistik jarak sederhana (Intermediate Range Ballistic Missile – IRBM) yang menggunakan bahan api pepejal (solid fuel), menurut Korean Central News Agency (KCNA).

Bagi Korea Utara, pembangunan sistem peluru berpandu ballistik jarak sederhana menggunakan bahan api pepejal adalah amat penting kerana ia adalah peluru berpandu utama digunakan untuk mensasar dan memusnahkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Guam, Lautan Pasifik.

“Industri peluru berpandu Korea Utara telah membangunkan enjin baru bagi bahan api pepejal untuk digunakan oleh peluru berpandu balistik jarak sederhana, yang merupakan perkembangan strategik yang amat penting,” menurut laporan oleh KCNA.

Ujian terhadap enjin peluru berpandu balistik jarak sederhana menggunakan bahan api pepejal telah diadakan pada 11 dan 14 November lalu.

Laporan oleh KCNA juga berkata bahawa kejayaan ujian terhadap enjin itu memberikan suatu jaminan baginya untuk mempercepatkan pembangunan peluru berpandu ballistik jarak sederhana, katanya.

Hwasong-15
Pelancaran peluru berpandu Hwasong-15 oleh Korea Utara

 

Kejayaan membangunkan enjin peluru berpandu IRBM menggunakan bahan api pepejal diibaratkan suatu “keterjaminan”bagi Pyongyang untuk mempercepatkan lagi pembangunan peluru berpandu jenis itu selepas kejayaan peluru berpandu ballistik antara benua (Inter Continental Ballistic Missile  – ICBM) yang pertama mengguna bahan api pepejal, Hwasong-18.

Peluru berpandu ICBM, Hwasong-18 telah berjaya dilancarkan pada April dan Julai tahun ini.

Korea Utara dilaporkan mula membangunkan peluru berpandu balistik jarak sederhana (Medium Range Ballistic Missile – MRBM) mengguna bahan api pepejal dipanggil  Pukkuksong-1 dan Pukkuksong-2 pada akhir 2010.

Peluru berpandu MRBM Pukkuksong-1 dan Pukkuksong-2 itu direka untuk menyerang pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat di Jepun.

Selepas kejayaan membangun peluru-peluru berpandu MRBM menggunakan bahan api pepejal, Korea Utara beralih kepada peluru berpandu ballistik jarak dekat (Short Range Ballistic Missile –SRBM) menggunakan bahan api pepejal dipanggil KN-23 dan KN-24.

Korea Utara
Pelancaran peluru berpandu jarak dekat oleh Korea Utara.

 

Peluru berpandu ballistik yang menggunakan bahan api pepejal membolehkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu dalam tempoh yang cepat kerana persiapan untuk melancarkannya yang lebih pendek.

Ia adalah penting kerana kebanyakkan peluru berpandu balistik milik Korea Utara menggunakan kenderaan pelancar bergerak.

Penggunaan bahan api pepejal membolehkan peluru-peluru berpandu itu disimpan bersama-sama bahan api pepejalnya dilokasi tersembunyi, sekaligus memberikan kelebihan kepadanya ketika waktu peperangan selain menyukarkan musuh untuk memburu serta memusnahkannya. — DSA

KAAN

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...