Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kegagalan “Retrofit” Punca Insiden KRI Nanggala – Dakwa Anggota DPR Indonesia

Beliau yang juga merupakan bekas pegawai kanan tentera Indonesia berpangkat Mejar Jeneral sebelum menceburi politik berkata, proses retrofit yang dijalankan terhadap kapal selam buatan Jerman itu dianggarkan menelan belanja US$75 juta (RM300 juta).

0 3,544

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang anggota Dewan Permesyuaratan Rakyat (DPR) Indonesia dikenali dengan nama, TB Hasanuddin mendakwa insiden menimpa kapal selam KRI Nanggala-402 itu berpunca daripada kegagalan proses “retrofit” yang dijalankan terhadap kapal selam berusia lebih 40 tahun itu di Korea Selatan pada 2012.

Beliau yang juga merupakan bekas pegawai kanan tentera Indonesia berpangkat Mejar Jeneral sebelum menceburi politik berkata, proses retrofit yang dijalankan terhadap kapal selam buatan Jerman itu dianggarkan menelan belanja US$75 juta (RM300 juta).

“”Retrofit itu bukan sekedar mengganti suku cadang, tapi diperkirakan juga ada perubahan konstruksi dari kapal selam tersebut terutama pada sistem senjata torpedonya.”

“Saya menduga pada hasil perbaikan (retrofit) ini ada hal-hal atau kontruksi yang tidak tepat sehingga KRI Nanggala 402 tenggelam. Ini sangat disayangkan,” menurut Hasanuddin.

Selain itu beliau juga berkata,  kapal selam KRI Nanggala pernah mengalami satu insiden yang telah mengorbankan tiga orang krew juga pada 2012.

Insiden malang itu berlaku ketika ujian pelancaran torpedo daripada KRI Nanggala, tetapi torpedo itu gagal diluncurkan kerana penutup tiub torpedo itu mengalami masalah, katanya.

TB Hasanuddin
Anggota DPR Indonesia, TB Hasanuddin.

 

“Dalam peristiwa itu 3 orang prajurit terbaik gugur,” kata Hasanuddin dan menambah, selepas daripada insiden itu, masalah terbabit telah diperbaiki oleh tim daripada Korea Selatan.

Insiden membabitkan penembak torpedo sehingga mengakibatkan tiga krew kapal selam KRI Nanggala itu terbunuh berlaku tidak lama selepas kapal selam itu selepas menjalani proses retrofit di Korea Selatan.

Untuk pengetahuan ramai, kapal selam KRI Nanggala itu “hilang kontak” ketika terlibat dalam latihan penembakan torpedo di peraiaran utara Bali kira-kira 3 pagi pada hari Rabu lepas.

KRI Nanggala “hilang” sejurus selepas diberikan kebenaran untuk melancarkan torpedo.

Semalam bangkai kapal selam malam itu telah ditemui terdampar pada kedalaman 838 meter dengan kesemua 53 anak kapal dipercayai telah meninggal dunia.

Bagaimanapun pihak tentera laut Indonesia mengatakan mereka tidak mengesan sebarang kesan letupan pada KRI Nanggala yang menyebabkan ia “hilang kontak.”

Nanggala
Krew kapal selam KRI Nanggala menunaikan solat di atas kapal selam itu dalam satu gambar yang tidak diketahui tarikhnya. (gambar medsos)

 

TNI-AL menyatakan kapal selam itu berkemungkinan mengalami “blackout” sehingga menyebabkan ia karam pada kedalaman 838 meter di dasar laut perairan Laut Bali.

KRI Nanggala direkabentuk itu menyelam pada kedalaman 200-500 meter.

Sementara itu TB Hasanuddin juga mempersoalkan mengapa kapal selam berusia itu dibenarkan membawa lebih ramai penumpang daripada sepatutnya.

Beliau berkata, kapasiti kapal selam itu hanyalah 38 orang tetapi ia membawa 53 orang pada hari kejadian itu.

Bagaimanapun TNI-AL berkata, bilangan 53 orang penumpang itu masih lagi dibenarkan kerana bilangan maksimum penumpang KRI Nanggala adalah 58 orang.

Pihak berkuasa negara jiran itu juga mengatakan kapal selam di dalam keadaan yang baik ketika kejadian walaupun berusia lebih 40 tahun.

TB Hasanuddin juga meminta TNI-AL menggantung operasi sebuah lagi kapal selam iaitu KRI Cakra-401 yang sama jenisnya sebagaimana KRI Nanggala.

Pihak berkuasa perlu menggantung operasi KRI Cakra sehingga selepas segala siasatan tentang punca insiden KRI Nanggala.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...