Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kazakhstan Mahu Jual 117 Pesawat Pejuang Bekas Soviet Termasuk MiG-31

Pesawat-pesawat pejuang bekas era Soviet berserta dengan enjin-enjinnya yang mahu dijual oleh oleh negara Asia Tengah itu terdiri daripada MiG-31, MiG-27, MiG-29 dan Su-24 yang dibina ketika ketegangan era Perang Dingin pada 1970-an dan 1980-an.

0 13,227

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bekas negara anggota Kesatuan Soviet, Kazakhstan telah meletakkan lebih daripada 100 buah pesawat pejuang dan pesawat pengebom yang dibina pada era Soviet untuk dijual kepada mana-mana pihak yang berminat.

Pesawat-pesawat pejuang bekas era Soviet berserta dengan enjin-enjinnya yang mahu dijual oleh oleh negara Asia Tengah itu terdiri daripada MiG-31, MiG-27, MiG-29 dan Su-24 yang dibina ketika ketegangan era Perang Dingin pada 1970-an dan 1980-an.

Menurut laporan oleh media tempatan di Kazakhstan, pengumuman berkenaan penjualan 117 buah aset-aset usang milik negara itu telah disebarkan.

Antara senarai pesawat pejuang yang mahu dijual segera adalah 10 buah pesawat MiG-31 pada harga US$1 juta (RM4.5 juta) untuk kesemua 10 unit pesawat itu.

Pesawat-pesawat pejuang dan pengebom yang mahu dijual oleh negara itu adalah untuk dilupuskan, menurut media tempatan sambil menambah, kesemua 117 buah pesawat itu dioperasikan oleh beberapa formasi Tentera Udara Kazakhstan di Almaty, Abai, Karaganda dan Shymkent.

Kazakhstan
Pesawat MiG-29 Kazakhstan

 

Pesawat-pesawat pejuang dan pengebom yang mahu dijual sudah tidak boleh dioperasikan lagi kerana sudah terlalu usang dan usaha memperbaikinya disifatkan tidak ekonomik lagi.

Prose penjualan pesawat-pesawat kombat milik Kazakhstan itu dilaksanakan oleh agensi kerajaan negara itu dikenali sebagai “Kazspecexport.”

Kazakhstan merupakan bekas negara anggota Kesatuan Soviet dan mewarisi banyak aset-aset milik kesatuan itu termasuk pesawat-pesawat pejuang dan pengebom apabila blok komunis itu berpecah pada 1990-an.

Kazakhstan itu kemudiannya memperolehi kemerdekaan tetapi masih mengekalkan hubungan ketenteraan dan keselamatan yang rapat dengan Russia.

Negara Asia Tengah itu juga merupakan negara anggota Collective Security Treaty Organisation (CSTO).

Kazakhstan
Pesawat Su-30SM Kazakhstan

 

CSTO yang ditubuhkan pada 2002 adalah pakatan ketenteraan melibat enam negara bekas anggota Kesatuan Soviet iaitu Armenia, Belarus, Kazakhstan, Russia, Kyrgyzstan dan Tajikistan.

Bagi menggantikan pesawat-pesawat pejuang bekas Kesatuan Soviet yang telah usang, Kazakhstan telah memperolehi pesawat-pesawat yang lebih moden daripada Russia seperti Su-30SM dan pelbagai sistem pertahanan canggih yang lain.

Kazakhstan bercadang memperolehi tiga buah skuadron 36 pesawat Su-30SM. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...