Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Peronda Amerika Syarikat Lepas Tembakan Amaran Terhadap Bot Serang Laju Iran

Ketika kejadian, USS Firebolt sedang menjalankan rondaan bersama-sama sebuah lagi kapal USCGC Baranoff  kira-kira 8 malam waktu tempatan semalam.

0 2,956

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal peronda tentera laut Amerika Syarikat terpaksa melepaskan tembakan amaran terhadap tiga buah bot serang laju Iran yang cuba menghampirnya dalam “keadaan merbahaya” di Teluk Parsi semalam.

Ketika kejadian, USS Firebolt sedang menjalankan rondaan bersama-sama sebuah lagi kapal USCGC Baranoff  kira-kira 8 malam waktu tempatan semalam.

“Bot-bot serang laju bersenjata milik Kor Pengawal Revolusi Iran menghampiri USS Firebolt dan USCGC  Baranoff  dalam keadaan yang sangat hampir iaitu kira-kira 68 kaki. Pihak kapal tentera Amerika memberikan amaran menerusi radio tetapi mereka meneruskan tindakan menyebabkan kami terpaksa melepaskan tembakan amaran,” kata kenyataan tentera laut Amerika itu.

Pendedahan oleh pihak tentera Amerika Syarikat itu menyusul satu lagi insiden dimana mereka juga mengesan kehadiran kapal dan beberapa buah bot serang laju Iran cuba “menghampiri secara berbahaya” kapal-kapal apal pengawal pantainya yang sedang mengadakan rondaan kawasan perairan antarabangsa di teluk yang sama.

Dalam insiden kedua itu, pihak tentera Amerika mengenalpasti kapal tentera laut Iran itu sebagai “Harth 55” yang diiringi oleh tiga buah bot serang laju manakala kedua-dua buah kapal pengawal pantai Amerika Syarikat pula adalah,  USCGC Wrangell (WPB 1332) and USCGC Monomoy (WPB 1326).

Bot Iran
Bot-bot serang laju Iran melakukan provokasi terhadap kapal peronda Amerika Syarikat di Teluk Parsi.

 

Pihak tentera Amerika Syarikat berkata insiden provokasi pertama itu berlaku pada 2 April lepas.

Dalam satu lagi insiden yang berlaku, kapal tentera laut Iran itu “Harth 55” telah melakukan pintasan merbahaya terhadap “USCGC Monomoy” , sehingga menyebabkan kapal pengawal pantai Amerika Syarikat terpaksa membuat “defensive maneuver.”

Kapal perang Iran terbabit memintas bahagian depan kedua-dua kapal pengawal pantai Amerika secara merbahaya dengan kedudukan 70 kaki di antara sesama mereka.

Krew kedua-dua kapal pengawal pantai Amerika Syarikat itu telah mengeluarkan amaran kepada kesemua kapal Iran menerusi radio tetapi kapal serta bot serang laju Iran tidak menghiraukannya dan meneruskan tindakan berbahaya mereka.

Harth 55
Kapal “Harth 55” milik tentera laut Iran cuba memintas secara berbahaya kapal peronda Agensi Pengawal Pantai Amerika Syarikat di Teluk Parsi baru-baru ini.

 

Hanya selepas tiga jam tindakan provokasi oleh pihak Iran, barulah mereka menjauhkan diri daripada kapal-kapal pengawal pantai Amerika Syarikat itu.

Amerika Syarikat menyifatkan tindakan keempat-empat kapal dan bot Iran itu amat berbahaya dan tidak professional, yang boleh menyebabkan pelanggaran serta tidak selaras dengan konvensyen antarabangsa bagi mengelak pelanggaran kapal di laut.

Kapal-kapal pengawal pantai Amerika Syarikat itu yang dipanggil “Cutter” bernaung dibawah Patrol Forces Southwest Asia (PATFORSWA) yang merupakan unit terbesar Pengawal Pantai negara itu di luar Amerika Syarikat.

PATSORSWA beroperasi di bawah US Naval Forces Central Command’s Task Force 55.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...