Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Korvet Kelas-ADA Turkiye Guna RAM, Malaysia Guna K-SAAM

Pada ketika ini, Tentera Laut Turkiye memiliki lima buah kapal korvet kelas-ADA yang bakal dilengkapi dengan RAM Point Defence System untuk melancarkan peluru berpandu RIM-116 Rolling Airframe Missile.

0 6,700
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan peluru berpandu RIM-116 Rolling Airframe Missiles (RAM) kepada Tentera Laut Turkiye untuk digunakan pada kapal-kapal korvet kelas-ADA miliknya. 
Menurut laporan Jawatankuasa Hubungan Luar Kongres Amerika Syarikat, penjualan 94 buah peluru berpandu RIM-116 Rolling Airframe Missile itu dianggarkan bernilai US$90 juta (RM391 juta).
Pada ketika ini, Tentera Laut Turkiye memiliki lima buah kapal korvet kelas-ADA yang bakal dilengkapi dengan RAM Point Defence System untuk melancarkan peluru berpandu RIM-116 Rolling Airframe Missile.
Pihak Turkiye juga membina dua buah kapal korvet kelas-ADA untuk Ukraine.
RAM adalah sistem pertahanan udara menggunakan infrared-homing bagi mematahkan serangan peluru berpandu anti-kapal dan ancaman udara.
RAM
Rolling Airframe Missile (RAM)

 

Peluru berpandu itu berkemampuan terbang selaju lebih Mach 2, dengan jarak operasi sejauh 9km.
Ia dilengkapi dengan peledak fragmentation blast seberat 10kg dan dilancar menggunakan sistem pelancar MK49RAM Guided Missile Launching System dan MK15 Mod 32 SeaRAM Close-In Weapon System.
Pada ketika ini, lebih daripada 165 kapal tentera laut daripada 11 negara menggunakan sistem peluru berpandu ini, daripada kapal serang laju seberat 500 tan sehinggalah kepada kapal-kapal pengangkut pesawat seberat 95,000 tan.
Pada Jun lalu, Kementerian Pertahanan Malaysia telah menandatangani Surat Penerimaan (Letter of Acceptance – LOA) dengan Presiden Secretariat of Defence Industries (SSB) Turkiye bagi perolehan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketiga-tiga kapal LMS Batch 2 milik TLDM itu akan dibina mengikut rekabentuk kapal  korvet kelas-ADA Turkiye.
LMS
Kapal korvet kelas-ADA Tentera Laut Turki, TCG Kinaliada (F 514)

 

Adakah ketiga-tiga kapal LMS Batch 2 milik TLDM itu turut dilengkapi dengan sistem pertahanan udara RIM-116 Rolling Airframe Missiles sebagaimana kapal-kapal korvet kelas-ADA Tentera Laut Turkiye itu?
Jawapannya adalah tidak kerana ketiga-ketiga kapal LMS Batch 2 TLDM itu dilaporkan akan dilengkapi dengan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM (Korean Surface to Anti Air Missile) atau dalam bahasa Koreanya “Haegung”.
K-SAAM itu dibangunkan oleh Agency for Defence Development (ADD) Korea Selatan dan syarikat LIG Nex1 dan berkemampuan meluncur selaju Mach 2 dan membedil sasaran sejauh 20km.
Ia dibangunkan oleh Korea Selatan untuk menggantikan sistem peluru berpandu darat-ke-udara Rolling Airframe Missile (RAM) yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon (kini dikenali sebagai RTX) untuk memberikan pertahanan “close-in” kepada kapal-kapal menggunakannya.
Setiap kapal LMS Batch 2 TLDM yang akan dibina oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) akan dilengkapi dengan 16 silo Vertical Launch System (VLS) untuk melancarkan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM.
K-SAAM
K-SAAM

 

Peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM itu dilengkapi dengan dual-mode seeker yang terdiri daripada radar dan infrared seeker, membolehkan ia beraksi dengan berkesan dalam suasana maritim sebagai senjata offensif dan defensif menentang peluru berpandu anti-kapal dan pesawat-pesawat pejuang.
Ia juga dilengkapi dengan kemampuan inertial mid-course guidance.
Pada ketika ini peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM terbabit sudah digunakan oleh kapal-kapal friget kelas-Daegu dan kapal amphibious assault kelas-Dokdo ROKS Marado milik Tentera Laut Korea Selatan. — DSA

 

Comments
Loading...