Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selepas “Pertembungan” Di Selat Taiwan, Kapal Perang Kanada Akan Singgah Di Kota Kinabalu

Pada 6 September lalu,hanya beberapa hari selepas meninggalkan pangkalannya di Yokosuka, HMCS Ottawa telah terlibat dengan “pertembungan mendebarkan” dengan kapal-kapal perang China ketika ia melalui Selat Taiwan bersama-sama kapal destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Ralph Johnson.

0 3,360

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal perang Tentera Laut Kanada, HMCS Ottawa yang terlibat dalam “pertembungan mendebarkan” dengan kapal-kapal perang China di Selat Taiwan baru-baru ini, akan melakukan persinggahan di Kota Kinabalu bulan depan.

Persinggahan di Kota Kinabalu itu adalah sebahagian daripada strategi Indo-Pasifiknya untuk meningkatkan hubungan pertahanan dengan negara-negara di rantau itu.

Pegawai kanan kedutaan Kanada di Malaysia Robert Bisset dipetik sebagai berkata oleh media tempatan bahawa kapal friget kelas-Halifax yang berpangkalan di Jepun itu akan singgah di Kota Kinabalu bermula pada 11 hingga 14 Oktober.

Ottawa
Kelihatan sebuah kapal perang China melakukan manuver berbahaya dihadapan kapal perang Amerika Syarikat ketika di Selat Taiwan.
Taiwan
Selat Taiwan

 

Pegawai dan krew kapal perang itu juga akan melakukan beberapa aktiviti bersama masyarakat tempatan, menurut beliau, sambil menambah bahawa perancangan juga sedang dilakukan untuk melakukan aktiviti bersama Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sebelum tiba di Kota Kinabalu, HMCS Ottawa turut akan melakukan persinggahan di Filipina. Kapal perang itu seterusnya akan ke Singapura selepas selesai singgah di Kota Kinabalu.

Ditauliahkan pada 1996, HMCS Ottawa merupakan salah sebuah daripada 12 buah kapal friget kelas-Ottawa yang dimiliki oleh Tentera Laut Kanada.

Memiliki berat operasional 4,795 tan, kapal friget itu dikerah untuk terlibat sama dalam operasi di Indo-Pasifik selama empat bulan dan berpangkalan secara sementara di pangkalan laut di Yokosuka, Jepun.

Dengan keseluruhan krew sebanyak 255 orang,  kapal friget Tentera Laut Kanada itu dilengkapi beberapa sistem persenjataan termasuk peluru berpandu anti-kapal “Harpoon”, torpedo untuk operasi anti-kapal selam dan sistem pertahanan Evolved Sea-Sparrow (ESSM).

Selain itu ia juga dilengkapi dengan meriam utama 57mm, Vulcan 20mm Close-In Weapon System (CIWS) dan mesingan berat 12.7mm.

PLAN
Kapal destroyer Type 052D kelas-Luyang “Nanning” (162). — National Hydrographic Centre

 

Pada 6 September lalu,hanya beberapa hari selepas meninggalkan pangkalannya di Yokosuka, HMCS Ottawa telah terlibat dengan “pertembungan mendebarkan” dengan kapal-kapal perang China ketika ia melalui Selat Taiwan bersama-sama kapal destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Ralph Johnson.

Sebaik sahaja memasuki perairan di Selat Taiwan yang memisahkan Taiwan dengan China itu, kedua-dua kapal perang Amerika Syarikat dan Kanada itu telah “disambut” oleh tiga buah kapal perang China yang lengkap bersenjata.

Ketiga-tiga buah kapal perang China itu “mengekori” pelayaran selama 17 jam HMCS Ottawa dan USS Ralph Johnson di Selat Taiwan itu.

Kapal perang Tentera Laut Taiwan turut berada bersama-sama kapal perang Kanada dan Amerika Syarikat pada pelayaran di Selat Taiwan itu.

“Belayar di Selat Taiwan adalah untuk menunjukkan bahawa Indo-Pasifik adalah bebas dan terbuka untuk semua. Ia adalah tujuan kita untuk menunjukkannya, “ kata komander HMCS Ottawa, Sam Patchell.

Ottawa
USS Ralph Johnson

 

Selat Taiwan itu adalah selebar 160km dan memisahkan Taiwan dengan China.

Beijing mendakwa bahawa keseluruhan Taiwan dan selat itu adalah miliknya, manakala mana-mana pihak yang cuba belayar di Selat Taiwan itu tanpa kebenaranya digambarkan sebagai pihak yang cuba menimbulkan kekacauan.

Sebelum memasuki Selat Taiwan, China telah mengerah kapal destroyer kelas-Luyang miliknnya untuk memantau HMCS Ottawa, malah kapal perang terbabit telah berada hampir 1km daripada kapal perang Kanada itu.

Tindakan kapal perang China itu telah menyebabkan kapal perang Kanada itu melancarkan “misi pengumpulan maklumat perisikan” terhadap kapal perang China itu, — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...