Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

JS Kaga, JS Izumo Pastikan Jepun Kembali Miliki Kapal Pengangkut Pesawat

Tindakan Jepun mengubahsuai JS Izumo serta “kembarnya”, JS Kaga daripada kapal-kapal “helicopter destroyer” kepada kapal pengangkut pesawat mini amat tidak disenangi oleh China yang mendakwa Tokyo mempunyai cita-cita untuk kembali menjadi kuasa tentera sebagaimana pada Perang Dunia Kedua.

0 2,728

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self-Defense Force –JMSDF) telah mengeluarkan beberapa keping gambar baru-baru ini menerusi akaun X (sebelum ini dikenali Twitter) menunjukkan keadaan terkini kapal “helicopter destroyer” JS Kaga (DDH 184) selepas menjalani kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah limbungan kapal di Bandar Kure di Hiroshima Prefecture.

Menurut laporan oleh Navalnews, JS Kaga sedang menjalani ujian laut pada ketika ini dan kerja-kerja pengubahsuaian terhadap kapal JS Kaga untuk menjadikannya “kapal pengangkut pesawat mini” itu sudah hampir selesai.

Kapal JS Kaga berpangkalan di Kure Naval Base.

Sejak beberapa tahun lepas, Tokyo telah membelanjakan ratusan juta dollar Amerika untuk mengubahsuai dua buah kapal “helicopter destroyer” miliknya, JS Kaga dan JS Izumo (DDH-183) kepada kapal pengangkut pesawat mini. (amphibious assault ship)

Ia adalah sebahagian daripada usaha Jepun untuk menangani peningkatan ketegangan di Indo-Pasifik berikutan sikap agresif China.

Apabila kerja-kerja pengubahsuaian terhadap JS Kaga dan JS Izumo siap sepenuhnya kelak dijangkakan pada 2027, Jepun buat kali pertama sejak tamatnya Perang Dunia Kedua akan memiliki kapal pengangkut pesawatnya yang tersendiri.

JS Kaga
JS Kaga (JMSDF)

 

Apabila sudah menjadi kapal pengangkut pesawat mini kelak, kedua-dua buah kapal perang milik JMSDF itu dirancang akan mengoperasikan pesawat-pesawat pejuang F-35B (Vertical Short Take-Off and Landing – VSTOL) yang berkemampuan berlepas dan mendarat secara menegak serta daripada landasan yang amat pendek.

Kedua-dua buah kapal itu memiliki berat 27,000 tan masing-masing.

Jepun memutuskan untuk mengubahsuai kedua-dua kapal itu pada tahun 2018.

Kapal JS Izumo sudah selesai melaksanakan kerja-kerja pengubahsuainnya pusingan pertamanya yang menelan belanja US$30 juta (RM120 juta) dan sedang melaksanakan kerja pengubahsuaian seterusnya.

Pada Oktober 2021, dua buah pesawat pejuang F-35B (STOVL) milik Marines Tentera Laut Amerika Syarikat telah melakukan ujian penerbangan dan pendaratan daripada kapal JS Izumo itu.

JS Kaga
JS Kaga (JMSDF)

 

Ujian penerbangan pesawat-pesawat F-35B milik Amerika Syarikat telah berjaya dilakukan.

“Ujian penerbangan itu telah membuktikan bahawa kapal JS Izumo mempunyai kemampuan untuk menyokong penerbangan dan pendaratan pesawat-pesawat VSTOL di atas lautan,yang akan memberikan kita (JMSDF) opsyen tambahan kepada sistem pertahanan udara kita di Lautan Pasifik pada masa depan,” komander JMSDF Laksamana Shukaku Kumota pada ketika itu.

Jepun telah memesan 105 buah pesawat F-35 untuk tentera udaranya, dengan 40 buah daripada pesawat itu adalah di dalam varian F-35B VSTOL.

Tindakan Jepun mengubahsuai JS Izumo serta “kembarnya”, JS Kaga daripada kapal-kapal “helicopter destroyer” kepada kapal pengangkut pesawat mini amat tidak disenangi oleh China yang mendakwa Tokyo mempunyai cita-cita untuk kembali menjadi kuasa tentera sebagaimana pada Perang Dunia Kedua.

Beijing pernah menyuarakan kegusaran mereka terhadap rancangan Jepun mengubahsuai JS Izumo dan JS Kaga serta meminta Tokyo supaya membatalkan hasrat mereka itu.

Izumo
JS Izumo

 

Kedua-dua kapal kelas-Izumo (JS Izumo dan JS Kaga) itu dianggarkan bernilai lebih US$1 billion setiap satu dan mula  ditauliahkan di dalam perkhidmatan JMSDF pada tahun 2015 dan 2017.

JS Izumo mula dibina pada tahun 2011.

Tugas-tugas utama JS Izumo dan JS Kaga ketika mula-mula dibina adalah untuk membawa helikopter bagi tugasan peperangan anti-kapal selam (ASW), operasi kemanusiaan dan untuk tinjauan (surveillance). — DSA

 

Iklan
Comments
Loading...