Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Jom Lihat ! Lima Butir Peluru Berpandu “Iskander-M” Bedil Kemudahan Strategik Ukraine

(VIDEO) Serangan peluru berpandu taktikal Russia terhadap kemudahan tentera kritikal tentera Ukraine itu membuktikan bahawa kemudahan yang begitu penting dengan mudah diserang oleh peluru-peluru berpandu taktikal Russia tanpa sebarang perlindungan sistem pertahanan udara.

0 63
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Russia telah melancarkan serangan lima butir peluru berpandu taktikal “Iskander” terhadap kemudahan pembaikan kenderaan armor Mykholaiv, yang merupakan aset yang amat penting bagi  tentera Ukraine.
Serangan lima butir peluru berpandu “Iskander-M”  itu telah dirakam oleh dron tentera Russia dan disebarkan di media-media sosial.
Serangan peluru berpandu taktikal Russia terhadap kemudahan tentera kritikal tentera Ukraine itu membuktikan bahawa kemudahan yang begitu penting dengan mudah diserang oleh peluru-peluru berpandu taktikal Russia tanpa sebarang perlindungan sistem pertahanan udara.
Menurut penganalisis, serangan peluru berpandu taktikal “Iskander-M” telah memusnahkan sekurang-kurangnya lima lokasi kemudahan pembaikan kenderaan perisai termasuk enam buah kereta kebal dan empat buah kenderaan perisai yang sedang diperbaiki.
Terdapat juga laporan menyatakan bahawa peluru-peluru berpandu Russia itu mensasarkan sebuah hotel yang terletak berhampiran dengan kemudahan pembaikan kenderaan perisai Mykholaiv yang menempatkan anggota tentera Ukraine.
Terletak di bahagian selatan Ukraine, kemudahan pembaikan kenderaan perisai Mykholaiv itu memainkan peranan yang penting dalam kempen ketenteraan Ukraine, terutamanya dalam memastikan kenderaan perisai negara itu sentiasa berada dalam keadaan siaga.
Kemudahan pembaikan kenderaan perisai Mykholaiv itu telah wujud lama, membantu tentera Ukraine membangunkan dan memperbaiki kenderaan perisai termasuk kereta kebal dan kereta-kereta kebal yang lain.
Sejak penceobohan tentera Russia terhadap Ukraine, pusat pembaikan kenderaan perisai di Mykholaiv adalah aset yang amat penting dalam menyokong kempen ketenteraan Ukraine.
Sejak konflik bersenjata antara Kiev dan Moscow bermula, kemudahan di Mykholaiv itu telah mengalami pembesaran dengan fokus untuk menghasilkan kenderaan-kenderaan kombat bagi menyokong tentera Ukraine dan memperbaiki mana-mana yang rosak akibat bedilan tentera Russia.
Kemusnahan pusat pembaikan kenderaan perisai Mykholaiv milik tentera Ukraine itu merupakan suatu “kehilangan” yang amat besar bagi tentera Ukraine kerana peranan penting yang dimainkannya dalam menyokong operasi tentera negara Eropah Timur itu.

Iskander

Iskander
Kemudahan pembaikan kenderaan perisai Mykholaiv selepas dibedil peluru berpandu Iskander-M.
Sementara itu peluru berpandu taktikal “Iskander-M” adalah sistem persenjataan yang mengerunkan terutamanya pada tentera Ukraine.
Russia menggunakan peluru berpandu taktikal “Iskander-M” secara meluas pada konflik dengan Ukraine, berkemampuan membedil sasaran dengan tepat pada jarak minimum 50km sehinggalah kepada 500km (maksimum).
Peluru berpandu taktikal “Iskander-M” itu boleh dilengkapi dengan beberapa jenis kepala peledak termasuk konvensional kepada nuklear dan kimia.
Apa yang membezakan “Iskander-M” dengan peluru-peluru berpandu taktikal yang lain adalah sistem panduannya yang menggabungkan sistem navigasi inertial kepada pembetulan satelit yang membolehkan peluru berpandu itu membedil sasarannya dengan darjah ketepatan di antara 1 hingga 2 km sahaja.
Dengan darjah ketepatan yang tinggi telah menjadikan peluru berpandu taktikal “Iskander-M” sebagai senjata pilihan bagi pihak tentera Russia untuk membedil infrastruktur musuh yang penting seperti pusat kawalan dan pemerintahan, kemudahan radar, depoh bekalan dan kemudahan ketenteraan yang lain.  — DSA

 

Comments
Loading...