Jom Lihat Lebih Dekat Simulator CQB Gerup Gerak Khas (GGK) Guna Pesawat Boeing 747 Sebenar
Menerusi posting di dalam akaun FB rasmi HRH Crown Prince of Johor semalam, kita berpeluang melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar Simulator Close Quarter Battle (CQB) milik Gerup Gerak Khas (GGK) yang menggunakan pesawat komersial Boeing 747 yang sebenar.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menerusi posting di dalam akaun FB rasmi HRH Crown Prince of Johor semalam, kita berpeluang melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar Simulator Close Quarter Battle (CQB) milik Gerup Gerak Khas (GGK) yang menggunakan pesawat komersial Boeing 747 yang sebenar.
Simulator CQB tersebut terletak di Kem Sri Iskandar di Mersing yang menempatkan GGK.
“Lawatan dan taklimat menjelang latihan antara Gerup Gerak Khas dan Pasukan Elit Askar Timbalan Setia Negeri Johor,” merupakan kapsyen ringkas posting FB itu yang turut menampilkan bersama beberapa foto lawatan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail ke kemudahan latihan itu.
Tidak banyak yang diketahui tentang kemudahan simulator CQB pesawat komersial Boeing 747 itu, tetapi ia turut disertakan dalam posting akaun FB Berita Tentera Darat Malaysia pada 25 Oktober yang lalu.
Posting di dalam FB itu adalah bersempena dengan penyerahan beberapa aset terkini Tentera Darat termasuk simulator CQB itu kepada Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Garaj 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen.


Kenyataan di dalam FB Berita Tentera Darat Malaysia itu turut menyatakan bahawa Panglima Tentera Darat telah menerima penyerahan Simulator CQB itu.
Tidak banyak yang diketahui tentang spesifikasi teknikal Simulator CQB itu tetapi ia dipercayai telah dibekalkan oleh syarikat tempatan, Inversys Corporation Sdn Bhd, sebagaimana salah satu gambar dalam FB terbabit nyatakan.
Selain daripada nama syarikat, tidak banyak maklumat lain diketahui tentang Simulator CQB itu termasuk kos pembuatannya.





Comments are closed.