Jepun Pecat Kapten Kapal Perangnya Kerana “Tidak Sedari” Telah Masuki Perairan Wilayah China
Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Julai lepas, kapal destroyer Tentera Laut Jepun “Suzutsuki” itu belayar memasuki perairan 12 Batu Nautika wilayah China tidak jauh daripada pantai wilayah Zhejiang selama 20 minit.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self-Defense Force) bertindak memecat kapten sebuah kapal destroyer miliknya selepas didapati melakukan “kesalahan serius” kerana berlayar memasuki perairan wilayah (territorial sea) China pada Julai lepas.
Kapten kapal perang Tentera Laut Jepun itu bertindak memasuki perairan China walaupun diberikan amaran berulang-kali oleh kapal-kapal perang China.
Sumber-sumber diplomatik memberitahu media Jepun bahawa insiden itu berlaku ketika kapal destroyer Tentera Laut Jepun itu “JS Suzutsuki” sedang memantau latihan maritim dijalankan oleh kapal-kapal perang China.
Tindakan kapal destroyer Jepun memasuki perairan wilayah China itu telah dibantah oleh Beijing.
Menurut media Jepun, insiden itu menunjukkan tahap skill anggota tentera laut Jepun, selain, pihak Tentera Laut Jepun turut menimbangkan kemungkinan untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap anggota-anggota lain yang bertugas di kapal destroyer terbabit.

Comments are closed.