Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Bakal Belanja RM33 Bilion Untuk Bina Dua Buah Kapal Perang Sistem Aegis

Tokyo mengambil keputusan untuk membina kedua-dua kapal perang destroyer itu lengkap dengan kemampuan Sistem Aegis selepas membatalkan hasrat untuk membina sistem itu yang berpengkalan di daratan.

0 1,460

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun dijangka bakal membelanjakan US$8.27 billion (RM33.08 billion) untuk membina dua buah kapal perang destroyer yang akan dilengkapi dengan Sistem Aegis bagi memintas peluru berpandu ballistik musuh.

Tokyo mengambil keputusan untuk membina kedua-dua kapal perang destroyer itu lengkap dengan kemampuan Sistem Aegis selepas membatalkan hasrat untuk membina sistem itu sebuah pangkalan di  darat.

Mengikut perancangan awal, pangkalan darat yang bakal menempatkan Sistem Pemintasan Peluru Berpandu Aegis itu akan dibina di sebuah pulau terpencil di selatan Jepun..

Menurut sumber yang memberitahu akhbar Jepun, The Mainichi, kos sebanyak RM8 bilion itu termasuk pembinaan kedua-dua buah kapal terbabit bersama-sama Sistem Aegis mereka dan kos pembaikan, minyak dan lain-lain kos penyelenggaraan untuk tempoh selama tiga dekad.

Kementerian Pertahanan Jepun tidak pernah mengumumkan kos sebenar pembinaan kedua-dua kapal dilengkapi Sistem Aegis itu.

Jepun

Bagaimanapun, kos pembinaan kedua-dua buah kapal perang Aegis itu akan dua kali ganda lebih tinggi berbanding pembinaan pangkalan darat yang akan menempatkan Sistem Aegis itu.

Ia juga tidak akan melibatkan pengambiilalihan sebarang tanah untuk membina pangkalan darat Sistem Aegis itu.

Kerajaan Jepun dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Shinzo Abe mahu membina Sistem Aegis yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat di pangkalan di darat bagi menangani ancaman peluru berpandu ballistik daripada Korea Utara.

Bagaimanapun ramcangan itu dibatalkan pada Jun tahun lepas berikutan masalah teknikal, kos yang melambung tinggi dan penentangan masyarakat.

Selepas dibatalkan, Perdana Menteri Jepun pada ketika ini Yoshide Suga telah meluluskan usaha membina kedua-dua buah kapal terbabit untuk menangani ancaman peluru berpandu ballistik Korea Utara dan sikap agresif China di rantau ini.

Pembinaan kedua-dua kapal destroyer Aegis itu merupakan rancangan alternative selepas Tokyo membatalkan rancangan untuk menempatkan Sistem Aegis itu di pangkalan daratan.

Tahun lepas, Jepun melancarkan kapal perang destroyer berkemampuan Aegis kelas-Maya yang dianggarkan bernilai US$1.2 billion.

Ia merupakan kapal perang destroyer berkemampuan Sistem Aegis yang ketujuh bagi Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force)

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...