(VIDEO) Iran Lancar 200 Peluru Berpandu Ballistik Terhadap Israel, Guna “Fattah” Buat Pertama Kali
(VIDEO) "Jika rejim Zionis bertindak balas terhadap operasi Iran, ia akan menghadapi serangan yang lebih dahsyat," kata Kor Pengawal Revolusi Islam dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Fars.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengancam untuk melancarkan “serangan balas yang lebih dahsyat” terhadap Israel jika negara Yahudi itu bertindak balas terhadap serangan kira-kira 200 butir peluru berpandu ballistik oleh Israel terhadap Israel.
“Jika rejim Zionis bertindak balas terhadap operasi Iran, ia akan menghadapi serangan yang lebih dahsyat,” kata Kor Pengawal Revolusi Islam dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Fars.
IRGC menyatakan bahawa serangan tersebut adalah “selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”
Ia menyatakan bahawa serangan peluru berpandu ballistik itu dilakukan “selepas tempoh bersabar” oleh Iran berikutan “serangan terhadap kedaulatan” Iran – merujuk kepada pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran pada akhir Julai.
Antara peluru berpandu yang digunakan terhadap Israel termasuk peluru berpandu hypersonik “Fattah” dan juga Kheybar-Shekan.
Ini merupakan kali pertama Iran melancarkan peluru berpandu hypersonik “Fattah” sejak diperkenalkan.
Pemain Video
00:00
00:00
Peluru berpandu hypersonik Iran yang pertama dipanggil “Fattah” dan boleh meluncur selaju Mach 15, dengan Teheran mendakwa ia tidak boleh dipintas oleh mana-mana sistem pertahanan udara disebabkan kelajuannya yang tinggi.
Pihak berkuasa Iran mendakwa peluru berpandu hypersonik “Fattah”yang dicat serba hitam itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,400 km.
Menurut media Iran, “Fattah” mampu meluncur dengan kelajuan Mach 15 atau lebih 5,000 meter satu saat dan tidak ada sistem pertahanan udara Amerika Syarikat dan Israel yang canggih mampu memintasnya.
Pemerhati ketenteraan serantau menyatakan bahawa pembangunan peluru berpandu hypersonik “Fattah” itu akan meningkatkan lagi kebimbangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap kemampuan teknologi peluru berpandu yang dimiliki oleh Teheran.
Iran melancarkan beberapa siri peluru berpandu yang menyasarkan hab komersial Israel, Tel Aviv dan beberapa pangkalan tentera serta pangkalan udara tentera Israel yang menempatkan pesawat-pesawat pejuang tentera Yahudi termasuk F-35.
Amerika Syarikat sebelum ini telah memberi amaran mengenai serangan peluru berpandu balistik Iran yang bakal berlaku ke atas Israel dan menyatakan bahawa ia akan membawa “akibat yang teruk” kepada Tehran.
Pemain Video
00:00
00:00
Media Iran menyiarkan rakaman dalam talian yang mereka dakwa menunjukkan peluru berpandu dilancarkan ke arah Israel.
Televisyen kerajaan memainkan muzik rancak di atas rakaman itu sambil penyampai beritanya bercakap mengenai “keberanian rakyat Iran.”
Serangan peluru berpandu Iran itu merupakan serangan kedua Iran ke atas Israel dalam tempoh enam bulan yang lalu, selepas serangan peluru berpandu dan dron pada bulan April sebagai balasan terhadap serangan udara maut Israel ke atas konsulat Iran di Damsyik.
Serangan Israel ke atas Beirut pada hari Jumaat telah membunuh pemimpin Hizbollah, Hassan Nasrallah.
Nasrallah terbunuh bersama Jeneral Abbas Nilforoushan, seorang komander tertinggi Pasukan Quds, cabang operasi luar negara IRGC.
Iran berikrar bahawa pembunuhan Nilforoushan “tidak akan dibiarkan begitu sahaja.”

Comments are closed.