(VIDEO) Iran Lakukan Ujian Pelancaran Peluru Berpandu Ballistik Antara Benua (ICBM)??
(VIDEO) Menurut penganalisis, peluru berpandu dilancarkan oleh Iran semalam itu dipercayai adalah daripada jenis “super heavy” dan membawa peledak yang besar seperti “Khorramshahr-4”, yang merupakan peluru berpandu ballistik termoden dan paling terkini dibangunkan oleh Iran.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran dilaporkan telah melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu ballistik antara benua (Inter Continental Ballistik Missile – ICBM) di tapak ujian peluru berpandu and pusat angkasa lepas di Shahroud, utara Iran.
Video yang kini telah viral di media-media sosial menunjukkan peluru berpandu tunggal dilancarkan pada waktu malam di Shahroud, yang turut menjadi lokasi serangan udara oleh Israel beberapa minggu lepas.
Nampaknya, serangan udara Israel terhadap tapak ujian peluru berpandu dan pusat angkasa lepas di Shahroud tidak memberikan kesan, malah Iran telah bertindak balas dengan melancarkan ujian peluru berpandu ICBM.
Menurut para penganalisis, ujian peluru berpandu dipercayai daripada jenis ICBM itu merupakan suatu amaran kepada Israel dan juga Amerika Syarikat tentang kemampuan Teheran melaksanakan serangan balas di bawah operasi “True Promise-3”.
Jika benar Iran telah melancarkan peluru berpandu ICBM, maka ia membuktikan negara itu telah kejayaan baru dalam pembangunan peluru berpandunya.
Pemain Video
00:00
00:00
Berbanding dengan peluru berpandu ballistik yang dimiliki Iran pada ketika ini, peluru berpandu ICBM berkemampuan membedil pada jarak yang lebih jauh.
Sementara itu, penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan Shahroud mendakwa peluru berpandu yang dilancarkan itu adalah bersaiz besar kerana cahaya daripada roket boosternya dapat dilihat dengan jelas oleh penduduk daripada jarak beberapa kilometer.
Menurut penganalisis, peluru berpandu dilancarkan oleh Iran semalam itu dipercayai adalah daripada jenis “super heavy” dan membawa peledak yang besar seperti “Khorramshahr-4”, yang merupakan peluru berpandu ballistik termoden dan paling terkini dibangunkan oleh Iran.
Ketika ia didedahkan pada awam pada tahun lepas, peluru berpandu ballistik “Khorramshahr-4” itu dilaporkan memiliki jarak effektif sejauh 2,000km dan membawa muatan bahan letupan seberat 1.5 tan.
Pihak Iran dilaporkan telah dengan sengaja menyatakan peluru berpandu ballistik “Khorramshahr-4” hanya boleh membedil jarak sejauh 2,000km, walhal, jarak sebenarnya adalah di antara 4,000km hingga 5,000km.
Pemain Video
00:00
00:00
Comments are closed.