(VIDEO) Iran Dedah Peluru Berpandu Ballistik Terbaru “Jihad”, Varian Terkini “Shahed-136B”
(VIDEO) Peluru berpandu ballistik “Jihad” adalah peluru berpandu yang dibangunkan oleh cabang aero angkasa Kor Revolusi Islam Iran (IRGC) dan menggunakan bahan api pepejal (solid fuel) bagi membolehkannya membedil sasaran sejauh lebih 1,000km.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada perbarisan tentera yang berlangsung hari ini, Iran telah mempamerkan peluru berpandu ballistik terbarunya dinamakan “Jihad” dan varian terkini dron berani mati “Shahed-136B”.
Perbarisan tentera itu berlangsung ketika Iran dituduh oleh Barat mengeksport peluru berpandu ballistik ke Russia untuk membantu Moscow dalam konfliknya dengan Ukraine dan ketegangan serantau akibat konflik antara Palestin dan Israel.
Peluru berpandu ballistik “Jihad” adalah peluru berpandu yang dibangunkan oleh cabang aero angkasa Kor Revolusi Islam Iran (IRGC) dan menggunakan bahan api pepejal (solid fuel) bagi membolehkannya membedil sasaran sejauh lebih 1,000km.
Peluru berpandu ballistik terbaru Iran itu juga dilengkapi dengan peledak dipanggil “high-explosive detachable warhead.
Sementara itu varian terkini dron berani mati “Shahed-136B” itu adalah peningkatan daripada varian terdahulu “Shahed-136” yang Barat dakwa Iran telah bekalkan kepada Russia untuk digunakan pada konflik bersenjata di antara Moscow dan Kiev.
Pemain Video
00:00
00:00
Iran menafikan bahawa ia telah membekalkan dron-dron berani mati kepada Moscow untuk digunakannya dalam konfliknya dengan Ukraine.
Varian terkini, dron berani mati “Shahed-136B” berkemampuan terbang sejauh 4,000km berbanding hanya 2,000km pada “Shahed-136.”
Shahed-136 itu direkabentuk dan dibangunkan oleh Shahed Aviation Industries dan berkemampuan membawa sebanyak 50 kg bahan letupan.
Turut menyaksikan perbarisan tentera Iran untuk memperingati ulangtahun peperangan Iran-Iraq 1980-1988 itu adalah presiden negara itu Masoud Pezeshkian.
“Pada hari ini, kemampuan pertahanan dan deterren kami telah berkembang amat pesawat sehinggakan tiada musuh yang mahu melakukan bertindak agresif terhadap Iran,” kata presiden Iran yang baru itu.


Comments are closed.