Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ikramatic Systems, KAI Bina Simulator Untuk Kegunaan Juruterbang FA-50 TUDM

Syarikat Ikramatic dan Korea Aerospace Industries (KAI) akan membangunkan secara bersama dua simulator penerbangan -- Full Mission Simulator dan Operational Flight Trainer yang akan digunakan untuk melatih juruterbang TUDM mengendalikan pesawat pejuang FA-50M menjelang pada tahun 2026.

0 1,168
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semasa Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melakukan lawatan kerja ke kemudahan syarikat Korea Aerospace Industries (KAI), beliau turut meluangkan masa untuk menyaksikan perjanjian di antara syarikat tempatan, Ikramatic Systems Sdn Bhd dengan KAI.
Perjanjian itu melibatkan program Industrial Collaboration Program (ICP) berikutan kontrak perolehan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditandatangani di antara KAI dengan Kementerian Pertahanan Malaysia semasa LIMA 2023 pada Mei tahun lepas bernilai kira-kira RM4 billion.
Malaysia akan menerima kumpulan pertama pesawat pejuang ringan FA-50M itu pada Oktober 2026.
Sebagaimana dilaporkan oleh Bernama, Pengarah Eksekutif Ikramatic Syed Mohamad Ikram berkata program ICP di antara Ikramatic dan KAI akan menyaksikan kedua-dua pihak bersama membangunkan simulator bagi pesawat pejuang FA-50M bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Syarikat Ikramatic dan KAI akan membangunkan secara bersama dua simulator penerbangan — Full Mission Simulator dan Operational Flight Trainer yang akan digunakan untuk melatih juruterbang TUDM mengendalikan pesawat pejuang FA-50M menjelang pada tahun 2026.
Ikramatic
“Satu daripada ICP yang dilakukan ialah pembangunan bersama sistem simulator dengan syarikat tempatan iaitu seperti berkongsi pengetahuan dan kepakaran untuk memajukan industri tempatan.
“Kami, syarikat Ikramatic telah dipilih untuk menjadi penerima ICP oleh KAI atas pengalaman 26 tahun membina simulator kapal terbang buatan tempatan,” katanya Syed Mohamad Ikram itu.
Menurut beliau, gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu percaya Ikramatic mempunyai pengalaman dan kualiti baik sebagai sebuah syarikat.
 Pada Disember tahun lepas, Ikramatic menandatangani kontrak peringkat pertama dan dilantik menjadi vendor kepada KAI bagi projek luar negaranya.
Ikramatic telah selesai menjalankan fasa pertama reka bentuk simulator FA-50M pada suku pertama 2024 dan kini berada pada peringkat akhir bagi fasa kedua reka bentuk sebelum beralih ke fasa pembinaan.

Ikramatic

Syarikat Ikramatic mempunyai pengalaman yang luas dalam membangunkan simulator bagi pesawat, helikopter dan juga untuk anggota keselamatan di daratan.
Antara simulator terawal yang dibangunkan oleh Ikramatic adalah simulator pesawat latihan Pilatus PC-7 untuk kegunaan TUDM.
Selepas kejayaannya membangunkan simulator pesawat latihan Pilatus PC-7, syarikat tempatan itu telah membangunkan pula simulator misi penuh (full-mission) pesawat Aermacchi MB-339-CM yang digunakan oleh TUDM.
Selain membangunkan simulator untuk pesawat, Ikramatic juga membangunkan simulator untuk helikopter AS355N.
Ikramatic juga telah membangunkan Integrated Shooting and Marksmanship Trainer (ISMAT) untuk melatih aspek penggunaan senjata ringan oleh anggota keselamatan. 
ISMAT adalah shooting simulator yang immersif untuk senjata-senjata kecil dan senjata bantuan yang direkabentuk untuk membantu anggota pasukan bersenjata di dalam perkara marksmanship, cara mengendali keadaan dan pengurusan medan peperangan (battlefield management).
Ikramatic
(Ikramatic)
Ikramatic
ISMAT (Defence Security Asia)
Simulator ini boleh digunakan untuk latihan penembakan pelbagai senjata daripada pistol kepada Heavy Machine-Gun (HMG) 12.7mm.
Sistem ini datang dengan tiga mode iaitu Marksmanship Training untuk latihan asas dan latihan lanjutan, Judgmental Training dan Collective Training.
Ikramatic juga membangunkan VR Simulator dipanggil SIMBAT pula adalah sistem latihan taktikal secara Virtual Reality untuk memudahkan anggota kombat merasai pengalaman bertempur secara realistik tanpa risiko kemalangan melibatkan penggunaan peluru hidup, bajet yang tinggi, lojistik dan perancangan yang kompleks.
“SIMBAT™ menawarkan kombinasi di antara realisme dalam pergerakan, illusi grafik, interaksi antara objek dan manusia serta efek khas bagi membolehkan pelatih menikmati pengalaman berguna dan pendedahan senario mengancam yang realistik.” — DSA

 

Comments
Loading...