Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Berat 25,000 Tan, Kapal LPD Thailand “HTMS Chang” Bakal Beraksi Tidak Lama Lagi

Berkemampuan membawa di antara 600 hingga 800 anggota tentera untuk operasi amfibia, kapal LPD “HTMS Chang” seberat 25,000 tan itu juga boleh membawa pelbagai kenderaan tempur termasuk kereta perisai dan kereta kebal serta peralatan lain untuk kegunaan anggota tentera berkenaan.

3,682

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam jangkamasa terdekat ini, Tentera Laut Thailand akan mula mengoperasikan kapal Landing Platform Dock (LPD) “HTMS Chang” buatan China dengan keseluruhan berat kapal itu adalah 25,000 tan.

Dengan panjang 210 meter dan 28 meter lebar, ia adalah di antara kapal perang paling berat yang dimiliki oleh tentera laut negara jiran itu.

Kapal LPD HTMS Chang itu dianggarkan bernilai US$200 juta (RM800 juta) tidak termasuk kos sistem persenjataannya.

Kapal itu mula dibina tidak lama kontrak pembinaannya ditandatatangani oleh Tentera Laut Thailand dengan syarikat milik kerajaan China, China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) pada September 2019.

Berkemampuan membawa di antara 600 hingga 800 anggota tentera untuk operasi amfibia, kapal LPD “HTMS Chang” juga boleh membawa pelbagai kenderaan tempur termasuk kereta perisai dan kereta kebal serta peralatan lain untuk kegunaan anggota tentera berkenaan.

HTMS Chang
Kapal LPD Type 071E milik Tentera Laut China

 

Kapal LPD milik Tentera Laut Thailand juga memiliki hangar yang cukup besar untuk menempatkan empat buah helikopter.

Walaupun berkemampuan membawa sehingga 800 orang anggota tentera lengkap bersenjata dan pelbagai peralatan berat yang lain termasuk kereta perisai dan kereta kebal, HTMS Chang masih mampu meluncur selaju 25 knot.

Pada cruising speed 18 knot, jarak operasi kapal LPD Tentera Laut Thailand itu adalah 10,000 batu nautika.

Rekabentuk kapal LPD HTMS Chang milik Thailand itu adalah berdasarkan kepada kapal LPD Type 071E milik Tentera Laut China.

Tentera Laut China memiliki enam buah kapal LPD Type 071E pada ketika ini.

HTMS Chang

Syarikat CSIC daripada China itu turut menawarkan kapal LPD Type 071E kepada Malaysia bagi memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memperolehi MRSS (Multi Role Support Ship).

Walaupun sistem pertahanan utamanya datang daripada kapal-kapal yang mengiringinya, tetapi HTMS Chang juga memiliki beberapa meriam untuk melindunginya termasuk satu meriam berkaliber 76mm dan empat sistem Close-In Weapon System (CIWS) 30mm.

Terdapat laporan mengatakan Tentera Laut Thailand bercadang menggunakan kapal LPD HTMS Chang itu sebagai kapal sokongan operasi kapal selam S26T kelas-Yuan miliknya yang sedang dibina oleh China.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Sebagaimana yang kita ketahui, pembinaan kapal selam pertama Thailand sedang berhadapan dengan masalah berkaitan dengan enjinnya.

Thailand mahukan kapal selam buatan China itu dilengkapi dengan enjin buatan Jerman sebagaimana kontrak dipersetujui, tetapi disebabkan embargo Kesatuan Eropah, Beijing tidak boleh melengkapkan kapal selamnya dengan enjin buatan syarikat MTU.

Ia menawarkan enjin tempatan untuk dipasang pada kapal selam yang sedang dibinanya untuk Thailand tetapi Bangkok menolaknya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments are closed.