Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hanya Sebulan Lepas Ditauliah, Kapal Peronda Tentera Laut Fiji Hampir Karam Terlanggar Batu Karang

Ketika insiden malang dan "memalukan" itu berlaku, kapal peronda kelas-Guardian RFNS Puamau itu yang didermakan kepada Tentera Laut Fiji oleh kerajaan Australia baru sahaja memulakan rondaan pertamanya selepas ia ditauliahkan ke dalam tentera laut negara Kepulauan Pasifik itu.

0 6,389

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hanya sebulan selepas ia ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Fiji, kapal peronda negara itu RFNS Puamau itu hampir tenggelam selepas ia terlanggar batu karang di kepulauan negara itu ketika melakukan rondaan pertamanya.

Ketika insiden malang dan “memalukan” itu berlaku, kapal peronda kelas-Guardian RFNS Puamau itu yang didermakan kepada Tentera Laut Fiji oleh kerajaan Australia baru sahaja memulakan rondaan pertamanya selepas ia ditauliahkan ke dalam tentera laut negara Kepulauan Pasifik itu.

Kerajaan Australian mendermakan kapal peronda itu kepada Perdana Menteri Fiji Sitiveni Rabuka dalam satu majlis di Perth pada Mac lalu, sebagai sebahagian daripada program keselamatan maritim negara-negara Kepulauan Pasifik.

Negara-negara Pasifik menggunakan bot-bot peronda  itu  yang didermakan oleh kerajaan Australia itu untuk memantau keselamatan maritim di kawasan perairan mereka selain mengawal kawasan perairan mereka daripada aktiviti perikanan haram.

Walauapapun, insiden yang menimpa kapal peronda Tentera Laut Fiji itu adalah sesuatu yang memalukan, terutamanya kapal peronda itu baru sahaja ditauliahkan dan sedang melakukan rondaan pertamanya.

Fiji
Kapal peronda Tentera Laut Fiji RFNS Puamau hampir karam selepas terlanggar batu karang.

 

Maklumat daripada pihak berkuasa Fiji menyatakan tiada kecederaan atau kematian dilaporkan berlaku dengan kesemua anak-anak kapal tentera laut itu telah berjaya diselamatkan oleh kapal-kapal yang melalui kawasan perairan itu.

Dalam satu kenyataan, Tentera Laut Fiji menyatakan bahawa keutamaannya adalah keselamatan dan kebajikan kesemua krew kapal terbabit serta menyelamatkan kapal peronda itu.

“Satu pasukan pengurusan krisis telah dihimpunkan untuk memantau keadaan dengan krew sokongan kecemasan sedang dalam perjalanan ke lokasi bersama-sama rakan yang lain,” ia berkata demikian.

Kerajaan Australia turut membantu di dalam usaha menyelamatkan kapal peronda RFNS Puamau selain Tentera Laut Fiji turut mengerahkan sebuah lagi kapal peronda ke lokasi kejadian.

Fiji
“RFNS Puamau”

Fiji

Ia juga berkata usaha mengepam keluar air daripada dalam kapal peronda yang malang itu sedang giat dilakukan bagi memastikan ia tidak karam.

Sementara itu penduduk memberitahu  media tempatan bahawa lokasi kejadian sememangnya terkenal dengan batu-batu karangnya selain angin kencangnya.

Mereka juga berkata bahawa kapal-kapal komersial mengelak daripada belayar di lokasi kejadian kerana mengetahui bahawa laluan itu secara semulajadinya adalah amat berbahaya. — DSA

 

 

Comments
Loading...