Greek Mahu Halang Turkiye Daripada Perolehi Peluru Berpandu BVRAAM “METEOR”
Apa yang membimbangkan Greek tentang penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Turkiye itu adalah peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh, METEOR yang turut sama akan dibekalkan kepada Turkiye.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perolehan 40 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon oleh Turkiye nampaknya telah menggusarkan negara jirannya dan “musuh tradisinya”, Greek yang dilaporkan telah membantah penjualan pesawat pejuang itu.
Apa yang membimbangkan Greek tentang penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Turkiye itu adalah peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh, METEOR yang turut sama akan dibekalkan kepada Turkiye.
Greek mahu menghalang Turkiye daripada memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon bersama-sama peluru berpandu METEOR.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh atau Beyond Visual Range (BVRAAM) didakwa adalah peluru berpandu udara-ke-udara terbaik dunia, mengatasi AIM-120 AMRAAM yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.
Dan itulah yang menyebabkan Greek “tidak boleh tidur” sejak pengumuman perolehan 40 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon oleh Turkiye.
Tentera Udara Greek turut menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR itu menerusi perolehan 24 buah pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh Perancis.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR itu dibangunkan oleh firma pertahanan pan-Eropah, MBDA.
Oleh kerana Perancis merupakan salah sebuah negara yang membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara METEOR dibawah syarikat pan-Eropah MBDA itu, maka ia dikatakan mempunyai kuasa “veto” untuk membatalkan penjualan METEOR itu kepada Turkiye.
Perancis mempunyai hubungan yang rapat dengan Greek dan sentiasa “menyebelahi” Athens dalam perseteruannya dengan Ankara.
Bagaimanapun, laporan terkini menyatakan bahawa United Kingdom yang amat kuat menyokong penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Turkiye telah berjaya “memujuk” Perancis untuk meneruskan penjualan peluru berpandu udara-ke-udara METEOR kepada Ankara.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “Meteor” yang dipandu menggunakan radar(radar guided) itu dilaporkan berkemampuan meluncur selaju Mach 4 dan membedil sasaran udara sejauh 200km.
“Meteor” adalah peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan boleh diintergrasikan dengan pelbagai jenis pesawat pejuang seperti Eurofighter Typhoon, Gripen, Rafale,F-35 dan kini KF-21 “Boramae”.
Panjang keseluruhan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “Meteor” adalah 3.65 meter.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR itu telah direka bentuk untuk menawarkan keupayaan serangan jarak jauh yang unggul, keupayaan membedil sasaran dengan tepat, dan tahap kelangsungan survivalbiliti yang tinggi dalam persekitaran yang mencabar.
Asas kepada prestasi cemerlang peluru berpandu udara-ke-udara METEOR ialah sistem propulsion. Berbeza dengan peluru berpandu konvensional yang menggunakan kuasa roket, peluru berpandu METEOR dilengkapi dengan enjin ramjet dengan bahan api solid fuel.
Sistem propulsion yang canggih ini membolehkan peluru berpandu tersebut mengekalkan kelajuan tinggi—melebihi Mach 4—sepanjang penerbangannya, memberikan ia kelebihan ketara berbanding peluru berpandu biasa yang semakin perlahan apabila menghampiri sasaran.
Kemasukan peluru berpandu udara-ke-udara jaraj jauh METEOR kepada dalam Tentera Udara Turkiye menerusi perolehan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dijangka akan mengubah imbangan kuasa udara di rantau Mediterranean.
Ia akan memberikan kelebihan kepada Tentera Udara Turkiye dalam aspek pertempuran udara jarak jauh, sebelum ia memasuki radius operasi peluru berpandu udara-ke-udara pesawat musuhnya.
Baru-baru ini, Turkiye mengumumkan ia telah diberikan lampu hijau oleh konsortium empat negara Eropah yang membangunkan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon –United Kingdom, Jerman, Itali dan Sepanyol untuk memperolehi 40 unit pesawat pejuang itu.
Penjualan 40 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Turkiye itu pada mulanya dibantah oleh Jerman, tetapi Berlin akhirnya bersetuju dengan penjualan didesak oleh beberapa negara terutamanya United Kingdom.
Turkiye dikatakan akan memperolehi 40 buah varian terkini pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dikenali dengan nama “Tranche 4.”
Dilengkapi dengan radar AESA “CAPTOR E”, Eurofighter Typhoon Tranche 4 dikatakan adalah varian pesawat pejuang termoden Eropah yang boleh berkhidmat sehingga ke tahun 2060.
Spesifikasi Teknikal Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Jarak Jauh METEOR (BVRAAM)
-
Pengeluar: MBDA (Syarikat pertahanan pan-Eropah)
-
Peranan: Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Jarak Jauh (BVRAAM)
-
Sistem Panduan: Panduan radar aktif dengan panduan pertengahan inersia dan kemas kini pautan data
-
Pendorong: Ramjet saluran berubah aliran dengan bahan api pepejal (solid-fuel ramjet)
-
Kelajuan: Melebihi Mach 4 (sekitar 4,900 km/j)
-
Jarak: Lebih daripada 100 km (diklasifikasikan; dianggarkan sehingga 200 km)
-
Panjang: 3.65 meter
-
Diameter: 178 mm
-
Berat: Kira-kira 190 kg
-
Kepala Peledak: Letupan tinggi dengan serpihan letupan dan fius impak pintar serta fius jarak dekat
-
Platform Pelancaran:
-
Eurofighter Typhoon
-
Dassault Rafale
-
Saab JAS 39 Gripen
-
F-35 Lightning II (integrasi akan datang)
-
KF-21 Boramae (integrasi akan datang)
-
Ciri-Ciri Utama:
-
Pendorong ramjet membolehkan penerbangan berkelajuan tinggi secara berterusan sepanjang misi.
-
Zon “tidak boleh lari” (no-escape zone) jauh lebih besar berbanding peluru berpandu konvensional.
-
Pautan data berkeupayaan rangkaian membolehkan kemas kini sasaran masa nyata.
-
Direka untuk memberikan tahap kelangsungan hidup yang tinggi dan serangan tepat dalam persekitaran yang mencabar.