Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Kerah Kapal Pengangkut Pesawat, USS Gerald R.Ford Ke Perairan Israel

Amerika Syarikat juga akan menghantar lebih banyak senjata dan peluru kepada Israel bagi membantu negara itu yang dikatakan berhadapan dengan kekurangan peluru dan persenjataan lain selepas ia menggunakan peluru daripada simpanan strategiknya untuk membantu Ukraine.

0 9,930

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat telah mengerahkan kapal pengangkut pesawat terbaru miliknya,  USS Gerald R. Ford dan beberapa kapal perang pengiringnya ke perairan Israel sebagai tanda “sokongan” terhadap negara itu yang kini sedang bergelut menghadapi serangan terburuk daripada Hamas dan pejuang Palestin yang lain.

Amerika Syarikat juga dilaporkan akan menghantar lebih banyak persenjataan dan peluru kepada Israel dalam tempoh beberapa hari ini untuk membantu tentera negara itu.

Israel dikatakan berhadapan dengan kekurangan peluru dan persenjataan lain selepas ia bertindak menggunakan peluru dan senjata lain daripada simpanan strategiknya untuk membantu Ukraine dalam menghadapi Russia.

Bernilai US$13 billion (RM52 billion), USS Gerald Ford (CVN-78) adalah kapal pengangkut pesawat kelas Gerald Ford yang pertama daripada empat kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear baharu bagi menggantikan kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz.

“Saya telah mengarahkan pergerakan USS Gerald R.Ford Carrier Strike Group ke perairan timur Mediterranean (perairan Israel). “

Gerald Ford
USS Gerald R. Ford

 

“Selain itu Amerika Syarikat juga akan membekalkan Angkatan Tentera Israel dengan sumber-sumber dan peralatan lain termasuk peluru,” kata setiausaha pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin.

Dalam satu reaksi balas, jurucakap Hamas menyatakan bahawa kerahan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat tidak “menakutkan” kumpulan bersenjata Palestin itu.

Bantuan senjata dan peluru daripada Amerika Syarikat itu akan tiba di Israel di dalam beberapa hari ini.

Selain itu, Amerika Syarikat juga memiliki simpanan peluru meriam di Israel dan tentera negara itu telah diberikan kebenaran untuk menggunakan peluru-peluru meriam itu untuk operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza dan Lubnan.

Israel merupakan negara yang paling banyak menerima bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat dalam setahun, dengan jumlah bantuan yang diterimanya berjumlah berbilion-bilion Dollar Amerika dalam setahun.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat itu juga berkata bahawa negara kuasa besar itu juga akan menambah skuadron pesawat pejuangnya yang beroperasi di Timur Tengah.

USS Normandy
Kapal cruiser USS Normandy, salah sebuah kapal pengiring USS Gerald R.Ford.
USS Gerald R.Ford
Pesawat Super Hornet ketika menjalani ujian dengan kapal pengangkut pesawat USS Gerald Ford.

 

Ia adalah untuk membantu pesawat-pesawat pejuangnya yang sudah pun berada di Timur Tengah pada ketika ini untuk menangani Russia dan Iran.

Selain kapal pengangkut pesawat USS Gerald R.Ford, Amerika Syarikat juga mengerah beberapa buah kapal perangnya seperti kapal cruiser USS Normandy, kapal destroyer USS Thomas Hudner, USS Ramage, USS Carney dan USS Roosevelt ke perairan Israel.

Sementara itu US Central Command (CENTCOM) berkata pihak tentera Amerika Syarikat telah mengambil tindakan untuk menambah kekuatan udara di rantau itu bagi membantu pesawat-pesawat pejuang sedia ada di rantau itu seperti F-16, A-10 Thunderbolt dan F-15.

USS Gerald Ford yang merupakan lead ship dalam kelas Gerald Ford mula dibina pada 2008 dan selepas 11 tahun pembinaan oleh kontraktor utamanya, Newport News Shipbuilding, kapal pengangkut pesawat yang dianggarkan seberat 100,000 tan telah ditauliahkan kepada tentera laut Amerika Syarikat pada Julai 2017. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...