Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Gemas “Bergegar”, ATM Pamer Kemampuan Combined Arms

Latihan diadakan untuk mempamerkan keupayaan sesebuah combat team dalam ketumbukan combined arms, melalui maneuver dan kuasa tembakan secara segmen dinamik.

0 5,900

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Lapang Sasar Asahan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan “bergegar” apabila Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tahun 2021 hari ini.

 Latihan ini diadakan untuk mempamerkan keupayaan sesebuah combat team dalam ketumbukan combined arms, melalui maneuver dan kuasa tembakan secara segmen dinamik.

Pada masa yang sama, keupayaan yang ditonjolkan adalah sebagai keyakinan kepada rakyat bahawa kesiagaan ATM pada tugas utama tidak terjejas walaupun kini tumpuan diberikan kepada pelaksanaan tugas sekunder iaitu membantu negara menangani penularan wabak COVID-19.

— kenyataan Angkatan Tentera Malaysia

Melalui latihan ini juga jelas menggambarkan anggota tentera mampu mengendalikan platform kenderaan dan persenjataan yang sophisticated dan terkini secara profesional sebagaimana latihan yang diberikan.

Secara keseluruhan, latihan ini secara tidak langsung, telah mempamerkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menggalas tugas utama iaitu bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Tembakan
Kredit ATM

 

Latigan kuasa tembak hari ini merangkumi demonstrasi kuasa tembakan senjata Bantuan Infantri, Mekanize, Armor, Artileri, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam memperagakan keberkesanan sistem persenjataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, latihan turut menguji pengurusan pasukan, keupayaan anggota dan memperagakan kompetensi anggota yang terlibat dalam melaksanakan latihan tembakan peluru hidup.

Tembakan
Kredit ATM

 Latihan hari ini melibatkan 969 Pegawai dan anggota di samping 106 buah aset dan persenjataan melibatkan Kenderaan Kereta Kebal Pendekar, Kenderaan Perisai Gempita, Lipan Bara, Adnan dan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV).

Manakala aset persenjataan pula merangkumi persenjataan kecil hingga ke senjata berkaliber besar seperti Unit Lancar Berganda (ULB) Astros II, Meriam 155 MM G5 MK III, Meriam 105 MM PH L5, Anti-Tank Guided Missile (ATGW) Ingwe, Baktar Shikan, Mortar 120 MM dan 81MM dan Rocket-Propelled Grenade (RPG-7 40MM).

Selain itu, turut dilibatkan adalah  Persenjataan Kompeni (Colt M4, Minimi, M203, GPMG), Persenjataan Bantuan Kompeni (RPG-7, Mortar 60 MM) dan Senjata Batalion – Heavy Machine Gun (HMG) dan Automatic Grenade Launcher (AGL).

Manakala pesawat yang terlibat melibatkan Helicopter Super  Lynx dari TLDM yang dipasang dengan persenjataan HMG dan Helicopter Agusta A109 LOH bersama Gatling Gun dari Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, mengiringi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM menyaksikan latihan kuasa tembak hari ini.

Tembakan
Kredit ATM

 

DEFENCE SECURITY ASIA 

Comments
Loading...