Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Gambar Terkini Kapal LCS 1 TLDM di Lumut Naval Shipyard

Beberapa keping gambar yang dimuat-naik oleh akaun FB LUNAS telah menunjukkan kemajuan pembinaan sekurang-kurangnya sebuah (berkemungkinan LCS1 "Maharaja Lela") kapal LCS di limbungan.

0 8,950
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, akaun Facebook Lumut Naval Shipyard (LUNAS) telah memuat naik posting berkenaan lawatan kerja Pejabat Belanjawan Nasional ke LUNAS diketuai oleh pengarahnya Datuk Shahrol Anuwar Sarman.
Lawatan kerja ke LUNAS itu turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi  dan Jabatan Peguam Negara,
Ketua Pegawai Eksekutif LUNAS Ir Azhar Jumaat berada untuk menyambut kedatangan mereka.
Delegasi juga telah diberikan penerangan terperinci tentang kemajuan projek pembinaan Littoral Combat Ship (LCS) yang disampaikan oleh Pengarah Projek LCS Kept (B) Rosnizam Che Puteh  dan Ketua Pengarah Projek LCS Laksamana Ir.Ts Franklin Jeyasekhar Joseph.
Kedua-dua mereka telah berkongsi pandangan mendalam tentang aspek-aspek teknikal dan fasa projek LCS itu, menerangkan tentang milestone, cabaran dan kemajuan teknologi yang dilaksanakan pada kapal itu.
LCS
(FB LUNAS)

 

Delegasi juga telah dibawa melawat melawat kapal-kapal LCS yang sedang dibina, sekaligus membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat proses pembinaan kapal-kapal perang itu, sistemnya dan ciri-ciri kapal yang canggih.
Beberapa keping gambar yang dimuat-naik oleh akaun FB LUNAS telah menunjukkan kemajuan pembinaan sekurang-kurangnya sebuah (berkemungkinan LCS1 “Maharaja Lela”) kapal LCS di limbungan.
Pada 23 Mei lalu, kapal LCS kelas-Maharaja Lela yang pertama iaitu LCS1 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya diluncurkan (downslipping) ke permukaan  air pada 23 Mei lalu.
Selepas berjaya diluncurkan ke permukaan air pada 23 Mei lalu, kapal LCS yang pertama dinamakan “Maharaja Lela” itu akan melalui proses Harbour Acceptance Test (HAT) and Sea Acceptance Test (SAT) pula yang akan bermula akhir tahun ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kapal pertama LCS yang pertama , “Maharaja Lela” itu dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, selepas selesainya HAT dan SAT itu dilaksanakan.
LCS
(FB LUNAS)
LCS
(FB LUNAS)

 

Setakat ini, proses pembinaan kapal LCS1 “Maharaja Lela” berjalan mengikut jadual dengan peluncurannya (downslipping) ke permukaan air telah pun berlaku pada bulan lalu sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini.
Pembinaan baki empat lagi buah kapal LCS juga berjalan dengan baik dan mengikut perancangan ditetapkan setakat ini.
Kelima-lima buah kapal LCS milik TLDM itu bernilai RM11.2 bilion.
Kapal LCS kelas-Maharaja Lela TLDM apabila siap dibina kelak memiliki panjang 111 meter dan membawa kira-kira 118 orang krew kapal daripada pegawai sehinggalah kepada anak-anak kapalnya.
Dengan jenis propulsion CODAD (Combined Diesel and Diesel), kapal LCS TLDM itu memiliki kelajuan 28 knots ++ dan jarak operasi sehingga 5,000 batu nautika (pada kelajuan 15 knots).
Kapal-kapal LCS TLDM ini mampu beroperasi lebih jauh dan lebih lama — DSA

 

Comments
Loading...