Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Gambar Peluru Berpandu Terbaru Russia “Izdeliye 720” Di Dedah

Dikenali sebagai “Izdeliye 720”, peluru berpandu baru Russia itu dikatakan telah dibangunkan dengan mengambilkira pengalaman kombat yang ditimba oleh angkatan tentera negara itu daripada konflik yang sedang berlaku di Ukraine.

0 4,314

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Januari lalu, semasa Menteri Pertahanan Russia ketika itu, Sergey Shoigu melawat kemudahan kilang Raduga State Machine-Building Design Bureau, wartawan negara itu telah mengambil gambar peluru berpandu yang dikatakan baru sahaja dibangunkan untuk kegunaan Angkatan Tentera Russia.

Dikenali sebagai “Izdeliye 720”, peluru berpandu baru Russia itu dikatakan telah dibangunkan dengan mengambilkira pengalaman kombat yang ditimba oleh angkatan tentera negara itu daripada konflik yang sedang berlaku di Ukraine.

Pihak Kementerian Pertahanan Russia  mahupun syarikat Raduga tidak pernah mendedahkan identiti peluru berpandu itu.

Nama “Izdeliye 720” itu datang daripada media-media Russia.

Sebagaimana diberitahu oleh pengarah Raduga Sergei  Bogatikov, peluru berpandu yang dikenali dengan nama “Izdeliye 720” oleh media-media Russia itu sememangnya wujud tetapi adalah terlalu awal untuk mendedahkan dengan lebih terperinci tentang spesifikasinya.

Raduga
“Izdeliye 720”

 

Namun beliau berkata: “Peluru berpandu Izdeliye 720 menunjukkan aspek-aspek yang baik di sekolah rekabentuk Raduga. Ia menggabungkan jalan penyelesaian teknikal daripada peluru berpandu kruis jarak jauh dengan pembangunan terkini, ditimba daripada pengalaman kombat terkini.”  

Innovasi terkini daripada Raduga memfokuskan kepada peluru berpandu udara-ke-darat untuk pesawat-pesawat jarak jauh dan juga pesawat-pesawat di barisan hadapan serta kapal-kapal perang.

Kebanyakkan daripada sistem yang dibangunkan oleh Raduga kini boleh didapati di seluruh dunia dan telah pun membuktikannya pada konflik-konflik yang sedang berlaku.

Penganalisis ketenteraan tempatan menyatakan bahawa peluru berpandu dikenali sebagai “Izdeliye 720” itu menyerupai peluru berpandu KH-69.

Bagaimanapun daripada segi saiznya, peluru berpandu terbaru daripada syarikat Raduga itu adalah lebih kecil iaitu hanya sepanjang 3.4 meter, dengan wingspan dua meter manakala berat keseluruhannya pula mencapai 450kg.

Raduga
“Izdeliye 720”

 

Salah satu perbezaan ketara peluru berpandu “Izdeliye 720” adalah kedudukan air intake yang terletak di bahagian atas peluru berpandu itu dan bukan di bahagian bawah sebagaimana peluru berpandu yang lain.

Mengenai sistem panduannya, peluru berpandu itu dipercayai menggunakan sistem panduan radio, selain turut dilengkapi dengan active homing sebagaimana varian peluru berpandu anti-kapal dan passive di dalam varian anti-radar dimana komunikasi radio tidak diperlukan.

Penganalisis ketenteraan itu juga percaya disebabkan saiznya yang kompak dan berat yang tidak keterlaluan, maka “Izdeliye 720” itu juga digunakan oleh helikopter-helikopter penyerang seperti Ka-52M dan juga Mi-28NM.

“Kesemua petanda menunjukkan bahawa peluru berpandu Izdeliye 720 adalah sama seperti peluru berpandu Delilah yang dibangunkan oleh Israel, yang boleh dilancarkan daripada udara, daratan dan juga laut.”

“Peluru berpandu seperti ini menggunakan inertial guidance system dengan pembetulan satelit. Ketika fasa terakhir penerbangannya sebelum membedil sasaranya, peluru berpandu itu menghantar imej kepada operatornya bagi membolehkannya membedil sasaran dengan tepat atau membuat pembetulan pada corak penerbangannya,” rumus pakar ketenteraannya itu. — DSA

Comments
Loading...