Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Mahu Perolehi Sistem Pertahanan Udara Type 81 Yang Bakal Ditamatkan Khidmat oleh Jepun

Tentera Filipina dilaporkan telah mengemukakan permintaan secara rasmi kepada Jepun untuk mendapatkan sistem pertahanan udaranya, dipercayai Type 81 yang bakal ditamatkan perkhidmatannya dalam Angkatan Tentera Jepun tidak lama lagi.

2,049

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Filipina dilaporkan telah mengemukakan permintaan secara rasmi kepada Jepun untuk mendapatkan sistem pertahanan udaranya, dipercayai Type 81 yang bakal ditamatkan perkhidmatannya dalam Angkatan Tentera Jepun tidak lama lagi.

Tidak dapat dipastikan sama ada Manila mahu membeli sistem pertahanan udara Jepun atau menjadikan sistem itu sebahagian daripada bantuan pertahanan oleh Jepun kepada Filipina.

Niat Manila untuk mendapatkan sistem pertahanan udara Jepun yang bakal ditamatkan perkhidmatannya itu telah pun disahkan oleh bekas Menteri Pertahanan negara Matahari Terbit itu Onodera Itsunori, sebagaimana dinyatakan oleh blogger pertahanan Filipina Max Montero.

Selain sistem pertahaSenan udara Type 81, Jepun juga memiliki sistem pertahanan udara Improved HAWK yang bakal ditamatkan khidmat tidak lama lagi serta sistem-sistem pertahanan udara yang lain, Type 11 dan Type 03.

Hubungan pertahanan di antara Filipina dan Jepun semakin erat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di dorong oleh kebimbangan bersama tentang tingkah-laku China terutamanya di Laut China Selatan.

Jepun
“Type 81”

 

Beberapa hari lalu, Filipina dan Jepun telah menandatangani perjanjian pertahanan yang membenarkan kedua-dua negara itu menempatkan anggota tentera masing-masing di kedua-dua negara.

Perjanjian pertahanan di antara Filipina dan Jepun dipanggil “Reciprocal Access Agreement” itu telah ditandatangani oleh Menteri Luar Jepun Yoko Kamikawa dan Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro di Manila sambil disaksikan oleh Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr.

Bagaimanapun, perjanjian pertahanan di antara Manila dan Tokyo itu perlu diratifikasi oleh kedua-dua negara sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

Dibawah perjanjian itu, anggota tentera Jepun dibenarkan untuk dikerah di Filipina dibawah latihan tentera bersama manakala anggota tentera Filipina pula dibenarkan pula untuk menjalani latihan tentera di Jepun.

Pemerhati serantau menjangkakan selepas perjanjian pertahanan itu, Filipina dan Jepun bakal mengadakan lebih banyak latihan tentera bersama serta memungkinan Tokyo menempatkan anggota tenteranya di negara Asia Tenggara itu di atas dasar “penggiliran” (rotational).

Jepun
“Type 81”

 

Kapal-kapal dan anggota pengawal pantai serta tentera laut China dan Filipina telah terlibat dalam beberapa konfrontasi di kawasan perairan bertindih, termasuk insiden pada bulan lepas pada bulan lepas di mana anggota pengawal pantai China menaiki bot serta bersenjatakan pisau dan tombak bertindak merempuh bot milik Filipina yang sedang menghantar bantuan.   

Bagi Jepun pula, ia juga berhadapan tuntutan bertindih dengan China berkaitan pemilikan Kepulauan Senkaku yang terletak di antara Taiwan dan Okinawa.

Sistem pertahanan udara jarak dekat Type 81 telah dibangunkan oleh Toshiba untuk menggantikan sistem-sistem pertahanan udara lain seperti 75mm M51 Skysweeper dan M15A1 37mm/12.7mm.

Usaha untuk membangunkan sistem pertahanan udara jarak dekat Type 81 itu bermula pada tahun 1966 dan ujian penembakan pertama peluru berpandu sistem itu telah dilakukan pada 1978.

Jepun
“Type 11”

 

Sistem pertahanan udara jarak dekat Type 81 itu berkemampuan menembak sasaran sejauh sehingga 14km.

 Sehingga kini, tentera Jepun masih lagi memiliki 57 sistem pertahanan udara jarak dekat Type 81 yang berkhidmat dengan beberapa unit pertahanan udara negara itu. — DSA

Comments are closed.