Filipina, Amerika Terus Tempatkan Sistem Peluru Berpandu Typhon di Filipina. China Disasar?
Tindakan Filipina dan Amerika Syarikat itu telah mengundang keresahan daripada China, yang bimbang sistem peluru berpandu jarak sederhana itu akan digunakan terhadapnya sekira konflik bersenjata di Indo-Pasifik tercetus.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina dan Amerika Syarikat bersetuju untuk mengekalkan sistem peluru berpandu Mid-Range Capability (MRC) atau “Typhon” yang berkemampuan melancarkan peluru berpandu pelbagai guna SM-6 dan Tomahawk di negara Asia Tenggara itu.
Tindakan Filipina dan Amerika Syarikat itu telah mengundang keresahan daripada China, yang bimbang sistem peluru berpandu jarak sederhana itu akan digunakan terhadapnya sekira konflik bersenjata di Indo-Pasifik tercetus.
Beijing mahukan sistem yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin itu diundurkan daripada Filipina.
Penasihat Keselamatan Kebangsaan Filipina Eduardo Ano berkata kerajaan negara Asia Tenggara itu bercadang untuk “memulangkan kembali” sistem peluru berpandu Typhon itu kepada Amerika Syarikat dan mahukan ia kekal di Filipina.
Amerika Syarikat yang merupakan pemilik kepada sistem peluru berpandu juga senada dengan sekutunya dan mahukan ia kekal ditempatkan di Filipina dan telah secara terang-terangan menyatakan ia akan menggunakan sistem Typhon itu apa-apa konflik yang berlaku di Indo-Pasifik.![Typhon]()

Sistem peluru berpandu Typhon itu dihantar ke Filipina pada April sebagai sebahagian daripada latihan tentera di antara kedua-dua negara dinamakan “Salaknib 2024” tetapi tidak dilancarkan semasa latihan itu.
Ia adalah kali pertama sistem peluru berpandu Typhon itu dikerah di rantau Asia Pasifik.
Pada ketika ini, sistem Typhon itu ditempatkan di utara Filipina, tidak jauh daripada Taiwan dan tanah besar China.
“Kita tidak mempunyai jangkamasa,” kata Ano ketika ditanya oleh wartawan sampai bilakah sistem peluru berpandu Typhon itu akan ditempatkan di Filipina dan menyatakan bahawa kedua-dua negara akan menentukan tempoh kerahan sistem itu di negara Asia Tenggara terbabit.
“Buat masa ini kita tidak bercadang untuk mengundurkannya. Kita memerlukan sistem peluru berpandu Typhon itu untuk latihan dan peningkatan kemampuan anggota tentera kita,” kata beliau.


Comments are closed.