Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perjanjian Dukungan Lojistik Helikopter EC725 AP TUDM Dimeterai

Syarikat BHIC AeroServices Sdn Bhd (BHICAS) dan Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd (AHM) memeterai perjanjian perkhidmatan 'Back to Back Full by the Hou' (FBH) untuk menyokong Helikopter EC725 AP milik TUDM yang juga dikenali sebagai H225M.

0 4,953

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat BHIC AeroServices Sdn Bhd (BHICAS) dan Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd (AHM) telah menandatangani Perjanjian Dukungan Logistik bagi helikopter EC 725 AP pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) hari ini.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir bagi menyaksikan majlis itu.

Menurut kenyataan media sosial TUDM, BHICAS dan AHM memeterai perjanjian perkhidmatan ‘Back to Back Full by the Hou’ (FBH) untuk menyokong Helikopter EC725 AP milik TUDM yang juga dikenali sebagai H225M.

EC725
(kredit TUDM)

 

FBH meliputi ‘Part by the Hour’ (PBH), ‘Repair by the Hour’ (RBH), dan ‘Consumables by the Hour'(CBH) yang akan meningkatkan kesiagaan operasi TUDM sekaligus mampu meningkatkan pertahanan udara Malaysia.

Dalam upacara ini, BHICAS telah diwakili oleh Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM (Bersara) manakala AHM pula diwakili oleh Pengarah Urusan, Axel de Pascal.

BHICAS adalah merupakan syarikat usahasama antara BHIC Defense Technologies Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd, manakala AHM pula adalah anak syarikat milik penuh Airbus, peneraju dunia dalam industri aeroangkasa dan pertahanan. 

Menurut Roslan Saad, menerusi kerjasamanya dengan AHM, BHICAS telah mengukir reputasi sebagai Pusat MRO terkemuka Malaysia untuk helikopter.

EC725

Dengan perjanjian ini, BHICAS dan AHM yakin dapat meningkatkan lagi reputasi sebagai one-stop MRO terkemuka bagi rangkaian helikopter Airbus.

Pascal pula berkata Airbus berbangga untuk mengukuhkan perkongsiannya dengan BHICAS, yang merupakan satu-satunya Pusat Perkhidmatan Airbus yang diluluskan di Malaysia.

“Perjanjian ini dibina berdasarkan kepakaran unik BHICAS dalam menyokong helikopter tentera Airbus di negara ini, dari pengalamannya selama 10 tahun dengan fleet helikopter TUDM.” — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...