Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Kapal Pengangkut Pesawat Amerika Syarikat Adakan Latihan Di Laut China Selatan

Kapal-kapal perang dan pesawat daripada kedua-dua strike group itu mengadakan latihan di laut antarabangsa dan melaksanakan integrasi operasi tentera laut selaras dengan Freedom of Navigation Operation (FONOP) di Indo-Pasifik.

0 1,718

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt Carrier Strike Group and Makin Island Amphibious Ready Group mengadakan latihan “Expeditionary Strike Force” di Laut China Selatan.

Kapal-kapal perang dan pesawat daripada kedua-dua strike group itu mengadakan latihan di laut antarabangsa dan melaksanakan integrasi operasi tentera laut selaras dengan Freedom of Navigation Operation (FONOP) di Indo-Pasifik.

USS Makin

Carrier Strike Group Theodore Roosevelt terdiri daripada kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt dan kapal-kapal pengiringnya yang terdiri daripada kapal destroyer kelas Arleigh Burke, USS Russel dan kapal cruiser kelas Ticonderoga, USS Bunker Hill.

Manakala bagi Makin Island Amphibious Ready Group pula, ia terdiri daripada kapal LHD USS Makin Island dan kapal-kapal amphibious transport dock, USS San Diego dan USS Somerset.

Sebagaimana USS Theodore Roosevelt yang membawa sehingga 90 pesawat, kapal LHD USS Makin Island juga membawa pesawat and helikopter termasuk F-35B Lightning 11 (STOVL), Osprey dan CH-53 Super Stallion.

“Menggabungkan kemampuan daripada Carrier Strike Group USS Theodore Roosevelt dengan Makin Island Amphibious Ready Group menajamkan lagi skill taktikal dan menunjukkan komitmen dan dedikasi kami terhadap keselamatan serta kemakmuran di Indo-Pasifik,” menurut Komander Carrier Strike Group Nine Rear Admiral Doug Verissimo.

USS Makin

“Gabungan di antara Tentera Laut dan pasukan Marine Corps telah menjadi kuasa yang menstabilkan di rantau ini selam lebih daripada satu kurun dan akan terus menyokong sesiapa sahaja yang berkongsi visi kedamaian, kestabilan dan kebebasan di lautan, “ katanya.

Di dalam latihan itu, pasukan 15th Marine Expeditionary Unit telah melakukan pelbagai pergerakan taktikal dan lain-lain lagi.

“Pasukan Expeditionary Strike Force membuktikan bahawa kami mengekalkan pasukan yang kredible, berkemampuan untuk respon terhadap apa-apa kecemasan, menangani tindakan agresif dan memberikan keselamatan serantau serta kestabilan bagi menyokong Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” kata komodor Amphibious Squadron 3 Kapten Stewart Bateshansky.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...