Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Disebabkan Kekurangan Pesawat Latihan, United Kingdom Terpaksa Hantar Juruterbang Ke Luar Negara

“Sebanyak 55 juta Pound Sterling (RM327 juta) adalah kos yang terpaksa ditanggung untuk menghantar juruterbang bagi menjalani latihan di Amerika Syarikat dan Italy . Ia adalah jalan penyelesaian yang pragmatik bagi mengatasi masalah kekurangan pesawat latihan Hawk T2 akibat masalah enjin dihadapinya,” kata sumber pertahanan United Kingdom.

0 1,884

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan United Kingdom terpaksa membelanjakan jutaan Pound Sterling untuk menghantar juruterbang-juruterbang ke Amerika Syarikat dan Itali untuk latihan disebabkan ia kekurangan pesawat latihan.

Segala-galanya berpunca dengan enjin yang digunakan oleh pesawat latihan itu, Hawk T2 yang menyebabkan hanya separuh daripada pesawat itu boleh digunakan untuk tujuan latihan.

Disebabkan itu Kementerian Pertahanan United Kingdom telah membelanjakan lebih banyak peruntukan untuk menghantar juruterbang-juruterbangnya ke  luar negara bagi mendapatkan latihan sebelum mereka layak digelar sebagai juruterbang pesawat pejuang.

Masalah berkenaan kompresor tahap pertama (first stage compressor), yang merupakan peralatan kritikal pada enjin Rolls-RoyceTurbomeca Adour 951 digunakan oleh pesawat itu mula dikesan pada tahun 2022.

Disebabkan masalah itu, jangka hayat enjin itu telah dikurangkan daripada 4,000 jam kepada hanya 1,700 jam, dimana selepas itu ia memerlukan penyelenggaraan yang besar (major overhaul).

Hawk

Ia menyebabkan bilangan pesawat untuk melatih juruterbang Royal Air Force (RAF) berkurangan kepada tahap kritikal.

Masalah berkaitan enjin yang digunakan oleh pesawat latihan Hawk T2 itu bermakna Kementerian Pertahanan Unite Kingdom menghantar tambahan sembilan orang juruterbang ke Amerika Syarikat untuk tujuan latihan bagi menyertai enam orang juruterbang yang telah pun berada di negara itu.

Bilangan juruterbang RAF yang menerima latihan  pada ketika ini ada 12 orang.

Menurut laporan media-media tempatan di United Kingdom, latihan juruterbang di negara asing itu telah menyebabkan Kementerian Pertahanan United Kindom membelanjakan wang tambahan sebanyak 55 juta Pound Sterling (RM327 juta) untuk menampung program latihan di negara asing itu.

“Sebanyak 55 juta Pound Sterling adalah kos yang terpaksa ditanggung untuk menghantar juruterbang bagi menjalani latihan di Amerika Syarikat dan Italy . Ia adalah jalan penyelesaian yang pragmatik bagi mengatasi masalah kekurangan pesawat latihan Hawk T2 akibat masalah enjin dihadapinya,” kata sumber pertahanan United Kingdom.

Sementara itu dalam jawapan kepada jawatankuasa pertahanan di Parlimen United Kingdom, Kementerian Pertahanan negara itu itu menyatakan kos menghantar 15 juruterbang ke Amerika Syarikat dan Itali untuk menjalani latihan mencecah 56.4 juta Pound Sterling (RM336 juta).

Hawk
“Hawk T2”

 

Ia berkata bahawa latihan di luar negara adalah sebahagian daripada program latihan juruterbang oleh Kementerian Pertahanan.

Royal Air Force sentiasa menghantar juruterbang ke luar negara untuk meluaskan latihan dan pembangunannya, selain meningkatkan lagi hubungan pertahanan dengan negara-negara rakan.

Latihan juruterbang di negara-negara asing telah diaplikasi oleh Panglima-Panglima Angkatan Tentera untuk sebahagian daripada program latihan anggota secara keseluruhan.

RAF memiliki 28 buah pesawat latihan Hawk T2, dengan lapan buah pesawat itu diselenggara pada satu-satu masa. 

Jurucakap Kementerian Pertahanan berkata bahawa “latihan juruterbang di negara-negara asing adalah sesuatu perkara yang rutin dan pihak kami berterusan memberikan latihan yang mencukupi kepada juruterbang yang akan berkhidmat di barisan hadapan.”

“Sebagai sebahagian daripada langkah mitigasi untuk menangani kesan daripada kekurangan pesawat Hawk T2, sejumlah kecil juruterbang United Kingdom dilatih di negara-negara luar. — DSA

Comments
Loading...