Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Sukar Dapatkan Juruterbang Kapal Pengangkut Pesawat?

Dengan China baru sahaja melancarkan kapal pengangkutnya yang ketiga “Fujian” beberapa bulan lepas,  Tentera Laut China memerlukan sekurang-kurangnya 200 juruterbang pesawat pejuang untuk mengoperasikan 130 buah pesawat pejuang yang beroperasi di kapal pengangkut pesawat miliknya.

0 4,088

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menjelang tahun 2030 China bakal memiliki lima buah kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier), tetapi di dalam masa yang sama ia juga sedang bergelut dengan masalah mendapatkan juruterbang berkelayakan.

Menurut sebuah majalah milik tentera China dan dilaporkan oleh portal South China Morning Post,  tentera laut negara itu berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan juruterbang-juruterbang pesawat pejuang berkelayakan untuk berkhidmat di kapal-kapal pengangkut pesawatnya.

Selain itu, Tentera Laut China juga berhadapan masalah ketiadaan pesawat latihan khusus untuk melatih juruterbang di atas kapal-kapal pengangkut pesawatnya.

Liaoning

Sejak 10 tahun lepas selepas ia mentauliahkan perkhidmatan kapal pengangkut pesawatnya yang pertama “Liaoning”,  tentera Laut China telah memperhebatkan program latihan juruterbang pesawat pejuang untuk operasi kapal pengangkut pesawat.

Bagaimanapun program latihan untuk menghasilkan juruterbang pesawat pejuang kapal pengangkut pesawat China itu tidak mencapai kemajuan yang diingini kerana ketiadaan pesawat latihan yang khusus.

Dengan China baru sahaja melancarkan kapal pengangkutnya yang ketiga “Fujian” beberapa bulan lepas,  Tentera Laut China memerlukan sekurang-kurangnya 200 juruterbang pesawat pejuang untuk mengoperasikan 130 buah pesawat pejuang yang beroperasi di kapal pengangkut pesawat miliknya, menurut pakar ketenteraan China, Li Jie sebagaimana dipetik oleh South China Morning Post.

Kapal pengangkut pesawat ketiga China seberat 80,000 tan itu telah pun memulakan fasa lautnya baru-baru ini.

Berlainan dengan dua buah kapal pengangkut pesawatnya yang awal, “Liaoning” dan “Shandong” yang menggunakan konsep “ski jumps”, kapal pengangkut pesawat “Fujian” dilengkapi dengan kemudahan “electromagnetic catapults” sebagaimana yang digunakan oleh kapal-kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat seperti USS Gerald Ford.

Fujian
Kapal pengangkut pesawat ketiga China “Fujian”

 

“Ia penuh dengan cabaran kerana rekabentuk kapal dan latihan juruterbang adalah adalah diantara paling kompleks dan teknologi teras di mana tidak akan dikongsi oleh mana-mana negara,” menurut Li.

Tentera Laut China menggunakan pesawat JL-9G untuk melatih juruterbang pesawat pejuang untuk operasi kapal pengangkut pesawat tetapi menurut pakar ketenteraan China ia bukanlah opsyen yang baik kerana pesawat itu dianggap terlalu ringan dan terlalu perlahan.

Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan T-45 Goshawk untuk melatih barisan juruterbang pelatihnya dan pada 2024 akan mula menggunakan pesawat T-7A Red Hawk yang lebih berkuasa dan effisyen.

Pesawat latihan T-7A Red Hawk menggunakan enjin F404 sebagaimana digunakan oleh pesawat pejuang Super Hornet dan direkabentuk untuk melatih juruterbang Amerika untuk menerbangkan pesawat pejuang generasi keempat dan kelima.

Disebabkan ketidakmampuan pesawat latihan JL-9G memenuhi latihan pesawat pejuang di kapal pengangkut pesawat, Tentera Laut China telah menggunakan pesawat pejuang J-15 sebenar sebagai pesawat latihan.

JL-9
Pesawat JL-9

 

 

Ia mendedahkan juruterbang pelatih kepada pelbagai bahaya.

Tentera Laut China mula melatih juruterbangnya sendiri daripada mengambilnya daripada pelatih tentera udara pada 2017.

Menurut maklumat daripada Tentera Laut China yang dipetik oleh South China Morning Post, mereka merekrut lepasan sekolah tinggi untuk mengikuti latihan juruterbang tentera laut bagi mengatasi masalah kekurangan juruterbang.

Purata umur juruterbang pesawat pejuang Tentera Laut China kini adalah sekitar 20 tahun.

“Adalah masih jauh untuk juruterbang-juruterbang pesawat pejuang Tentera Laut China untuk mencapai tahap juruterbang pesawat pejuang di kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat,” kata penganalisis tentera China, Zhou Chenming.

Mereka memerlukan sekurang-kurangya sedekad untuk mencapai kemampuan operasi udara kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat,katanya. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Comments
Loading...