Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Bina Ratusan Silo Peluru Berpandu Nuklear Di Xinjiang, Amerika Gusar

Amaran daripada pihak tentera Amerika itu timbul selepas penyelidik-penyelidik di Persekutuan Saintis Amerika (Federation of American Scientists) menganggarkan bahawa China telah membina kira-kira 250 silo bawah tanah untuk peluru—peluru berpandu nuklear di Xinjiang, barat negara itu.

0 2,044

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Amerika Syarikat memberi amaran tentang tindakan China membina ratusan silo-silo peluru berpandu nuklear di negara itu, pada ketika hubungan antara Washington dan Beijing tegang akibat beberapa isu daripada politik kepada keselamatan.

Amaran daripada pihak tentera Amerika itu timbul selepas penyelidik-penyelidik di Persekutuan Saintis Amerika (Federation of American Scientists) menganggarkan bahawa China telah membina kira-kira 250 silo bawah tanah untuk peluru—peluru berpandu nuklear di Xinjiang, barat negara itu.

Laporan oleh persekutuan saintis telah dilaporkan oleh akhbar The New York Times minggu lepas.

“Masyarakat awam telah menemui bukti tentang apa yang telah kita perkatakan selama ini tentang ancaman yang semakin serius dihadapi oleh dunia,” kata Pemerintahan Strategik Amerika Syarikat (US Strategic Command) yang bertanggungjawab terhadap sistem persenjataan nuklear negara itu.

Kemudahan silo-silo peluru berpandu nuklear China di wilayah Xinjiang itu merupakan yang kedua ditemui oleh penyelidik Amerika Syarikat.

nuclear

Pada Jun, penyelidik di James Martin Center for Nonproliferation Studies di California turut mengesan kemudahan sama yang sedang dibina oleh China di wilayah Gansu.

China mengambil pendekatan mendiamkan diri tentang penemuan silo-silo peluru berpandu nuklear oleh penyelidik-penyelidik Amerika Syarikat itu.

Ditanya oleh media pada sidang media di Beijing, Kementerian Luar China berkata ia tidak tahu menahu tentang laporan media berkenaan kewujudan silo-silo peluru berpandu nuklear di Xinjian itu.

Kedua-dua lokasi penempatan silo-silo peluru berpandu nuklear China di Xianjiang dan Gansu itu memiliki keluasan 800km persegi.

Nuclear

Silo-silo itu boleh menempatkan peluru-peluru berpandu balistik antara benua dengan kepala peledak nuklear.

Sementara itu penyelidik-penyelidik yang menulis laporan dalam Persekutuan Saintis Amerika iaitu Matt Korda dan Hans Kristensen berkata,  pembinaan silo-silo peluru berpandu nuklear oleh China itu adalah pembinaan terbesar bagi kemudahan itu sejak berakhirnya Perang Dingin antara Washington dan Moscow.

Tindakan China itu bukan sahaja mengancam Amerika Syarikat tetapi juga membahayakan Russia Eropah.

China menurut penyelidik lain, tidak menghiraukan desakan masyarakat dunia supaya seluruh dunia menghapuskan senjata nuklear.

Menurut badan penyelidik, Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI), Russia dan Amerika Syarikat memiliki kira-kira 6,000 senjata nuklear manakala China pula dianggarkan memiliki 250 senjata nuklear.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...