Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thai Lancar HTMS Chang, LPD 20,000 Tan

HTMS Chang merupakan kapal LPD Type 071E seberat 20,000 tan dan merupakan kapal LPD ketiga Tentera Laut Thailand, menggantikan kapal LPD Thailand kedua yang ditamatkan khidmat pada tahun 2005, 43 tahun selepas ia dipindahkan kepada Thailand oleh Amerika Syarikat.

0 2,577

DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tentera Laut Thailand telah melancarkan kapal perangnya yang terbaru, HTMS Chang yang merupakan sebuah kapal Landing Plaform Dock (LPD) seberat 20,000 tan yang dibina oleh syarikat perkapalan China, Hudong-Zhonghua Shipbuilding.

Pelancaran kapal itu yang dilakukan oleh Panglima Tentera Laut Thailand Laksamana Thaloengsak Sirisawat dilakukan di China selepas kapal itu selesai melaksanakan ujian lautnya (sea trials).

HTMS Chang yang merupakan kapal LPD Type 071E dan merupakan kapal LPD ketiga Tentera Laut Thailand, menggantikan kapal LPD Thailand kedua yang ditamatkan khidmat pada tahun 2005, 43 tahun selepas ia dipindahkan kepada Thailand oleh Amerika Syarikat.

Tentera Laut Thailand mempunyai strategi 20 tahun (2017-2036) untuk memperolehi sehingga empat buat kapal LPD untuk melaksanakan operasi amfibia dan bencana alam dan lain-lain lagi.

Chang

Kapal LPD HTMS Chang yang baru dilancarkan itu mempunyai panjang 213 meter serta berat keseluruhan 20,000 tan dan mampu belayar selaju 25 knot.

Dengan kos pembinaan mencecah US$180 juta, kapal terbabit akan berkemampuan belayar di laut yang bergelora dan memuatkan 600 pegawai dan lain-lain pengguna.

Kapal LPD terbaru Thailand itu akan ditauliahkan oleh Tentera Laut Thailand di wilayah Chonburi.

Dibangunkan oleh No.708 Research Institute dibawah China State Shipbuilding Corporation (CSSC) dan dibina oleh limbungan kapal Hudong-Zhonghua di Shanghai, kapal LPD Type 071E itu telah berjaya menamatkan siri ujian pada awal Disember tahun lepas, sebagaimana diumumkan oleh CSSC.

Kapal LPD Type 071E merupakan varian eksport kapal LPD Type 071 yang berkhidmat dengan Tentera Laut China tetapi telah dilakukan pengubahsuaian dan customisation bagi memenuhi keperluan yang digariskan oleh Tentera Laut Thailand.

HTMS Chang
HTMS Chang

 

Kapal LPD HTMS Chang ini mampu membawa di antara 600 hingga 800 anggota tentera, manakala di bahagian dek helikopter pula ia menawarkan kawasan pendaratan untuk dua buat helikopter Z-8.

Manakala di hangarnya pula, ia mampu menempatkan sehingga empat buah helikopter Z-8 manakala di well-deck pula, ia mampu membawa sehingga empat buah LCAC (Landing Craft Air Cushion) yang boleh digunakan untuk memindahkan anggota tentera marin dan kelengkapannya ke kawasan pesisir pantai dengan pantas.

LCAC diguna dengan memenuhi kawasan dock dengan air.

Z-8
Helikopter Z-8

 

LCAC juga boleh digunakan untuk membawa landing craft, selain boleh membawa kenderaan-kenderaan amfibia Infantry Fighting Vehicle (IFV) termasuk kenderaan penyerang amfibia ZBD05 dan kereta kebal ringan amfibia, ZTD-05.

Kapal LPD HTMS Chang itu dilengkapi dengan satu meriam 76mm, empat buah meriam 30mm dan juga sistem decoy atau chaff.

Kapal HTMS Chang juga boleh bertindak sebagai kapal utama untuk menangani dan menyokong sebarang usaha kemanusiaan, bantuan bencana alam, anti-lanun selain tugas serangan-serangan amfibia. – – DSA

Comments
Loading...