Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO]Buat Pertama Kali, Hezbollah Lancar Roket “Burkan” Terhadap Kedudukan Tentera Israel

Roket jarak dekat “Burkan” yang digunakan buat pertama kali oleh pejuang Hezbollah itu hari ini amat digeruni kerana ia dilengkapi bahan letupan seberat di antara 400kg hingga 500kg  dan boleh menyebabkan kemusnahan besar.

0 1,767

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat kali pertama sepanjang 29 hari konflik bersenjatanya dengan tentera Israel di sempadan Lubnan, pejuang Hezbollah telah melancarkan dua buah roket “Burkan” yang amat digeruni oleh musuh-mushnya.

Roket jarak dekat “Burkan” itu amat digeruni kerana ia dilengkapi letupan seberat di antara 400kg hingga 500kg  dan boleh menyebabkan kemusnahan besar.

Hezbollah dalam satu kenyataan berkata, pejuangnya telah menyerang enam buah pos kawalan pihak tentera Israel di sepanjang sempadan Israel-Lubnan menggunakan “roket dan senjata bersesuaian”.

Ia berkata, bom dan senjata yang dilancarkan itu telah berjaya mengenai sasarannya dengan tepat.

Stesen televisyen Al-Mayadeen yang berpangkalan di Beirut menyatakan bahawa pejuang –pejuang Hezbollah telah melancarkan dua buah roket “Burkan” (bermaksud gunung berapi dalam bahasa Arab) terhadap pos keselamatan Israel dikenali sebagai Jal-al Allam.

Burkan

Selain Jal-al Allam, pejuang-pejuang Hezbollah turut melancarkan serangan terhadap pos-pos kawalan tentera Israel di al-Jardah, Hadb Al-Bustan, Malkia, and “Metula”.

Pihak keselamatan Lubnan juga mengesahkan bahawa pejuang Hezbollah telah melancarkan roket “Burkan” buat pertama kali dalam konflik itu pada hari ini.

Media-media Israel juga mengesahkan penggunaan pertama kali roket “Burkan” oleh Hezbollah terhadap kedudukan tentera Yahudi itu hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan bahawa pejuang-pejuang Hezbollah dan tentera kerajaan Syria turut menggunakan roket “Burkan” untuk memusnahkan kubu-kubu musuh mereka di Syria.

Roket “Burkan” sebagaimana dilancarkan oleh Hezbollah hari ini merupakan di antara roket dan senjata yang dimiliki oleh kumpulan bersenjata Lubnan itu.

Burkan
Roket “Burkan” dilancar pejuang Hezbollah menuju ke sasaran iaitu pos kawalan tentera Israel.
Burkan
Letupan roket “Burkan” di pos kawalan tentera Israel.

 

Berkemampuan membedil sasaran sejauh 5km, roket “Burkan” telah dibangunkan ketika konflik di Syria.

Direka untuk peperangan jarak dekat, roket itu bersesuaian untuk menyerang kawasan berpenduduk ramai.

Kumpulan Hezbollah dipercayai menggunakan roket “Burkan”  untuk dua tujuan iaitu mengebom kawasan penduduk dan pangkalan tentera Israel yang berada hampir dengan sempadan Israel-Lubnan.

Satu lagi tujuan adalah mengebom kedudukan tentera Israel yang berada di dalam kawasan padat dengan penduduk di sempadan Lubnan.

Sementara itu stesen televisyen Al-Manar yang rapat dengan Hezbollah berkata pejuang-pejuang kumpulan itu telah menembak jatuh belon pengintip milik tentera Israel yang diterbang di bandar Misgaf Am.

Agensi berita Lubnan pula menyatakan bahawa Israel telah melancarkan beberapa serangan udara terhadap perkampungan-perkampungan di sempadan Israel –Lubnan seperti Labbounieh dan Hibrieh. — DSA

 

Comments
Loading...