Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Burevestnik”, Peluru Berpandu Kruis Russia Tanpa Had Jarak

Apa yang membuatkan peluru berpandu kruis “Burevestnik” digeruni adalah – ia bukan sahaja dilengkapi dengan peledak nuklear (nuclear-armed) tetapi peluru berpandu itu dijuga dilengkapi dengan enjin berkuasa nuklear (nuclear-powered), membolehkannya memedil mana-mana sasaran di dunia.

0 7,443

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam, Presiden Vladimir Putin mengumumkan bahawa ia telah berjaya menguji peluru berpandu kruis “Burevestnik”, yang disifatkan oleh Russia sebagai salah satu “super weapon” sedang dibangunkannya sejak 2018.

Penganalisis ketenteraan antarabangsa menyifatkan “Burevestnik” itu sebagai senjata yang amat berbahaya.

Apakah itu peluru berpandu kruis “Burevenstnik” yang amat digeruni oleh Barat?

Apa yang membuatkan peluru berpandu kruis “Burevestnik” digeruni adalah – ia bukan sahaja dilengkapi dengan peledak nuklear (nuclear-armed) tetapi peluru berpandu itu dijuga dilengkapi dengan enjin berkuasa nuklear (nuclear-powered).

Memandangkan ia dilengkapi dengan enjin berkuasa nuklear, maka peluru berpandu kruis terbaru itu tidak mempunyai had jarak, berlainan dengan enjin turbojet atau turbofan yang memiliki jarak terhad.Burevestnik

Tidak memiliki sebarang had membolehkan peluru berpandu kruis “Burevestnik” itu untuk memedil mana-mana lokasi di dunia walaupun peluru berpandu itu dilancarkan daripada mana-mana lokasi di dalam Russia.

Daripada mana-mana lokasi di dalam Russia, peluru berpandu kruis berkuasa nuklear itu boleh membedil sebarang sasaran di dalam Amerika Syarikat.

Institut Kajian Strategik Antarabangsa yang memetik jurnal spesifik Russia pada 2021 menyatakan bahawa peluru berpandu kruis “Burevenstnik” itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 20,000km.

Jurnal Russia itu juga menyatakan bahawa peluru berpandu kruis itu terbang pada ketinggian altitude di antara 50 hingga 100 meter, jauh lebih rendah daripada peluru-peluru berpandu konvensional yang lain.

Dengan kemampuan penerbangan pada aras yang amat rendah, peluru berpandu kruis “Burevestnik” itu adalah amat sukar untuk dikesan oleh radar-radar sistem pertahanan udara, membolehkannya “menyelinap” masuk ke dalam sesebuah negara dengan mudah.

Burevestnik

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh National Air and Space Intelligence Center Tentera Udara Amerika Syarikat pada 2020 menyatakan bahawa sekiranya berjaya mentauliahkan perkhidmatan peluru berpandu kruis “Burevestnik”, maka, akan memiliki suatu senjata yang unik dengan kemampuan antara-benua (inter-continental capability).

Membangunkan enjin berkuasa nuklear adalah cabaran teknikal yang amat sukar dan berisiko tinggi.

Pada 2019, lima orang saintis nuklear Russia terbunuh dalam letupan dan perlepasan radiasi selepas ujian di Laut Putih.

Pihak perisikan Amerika Syarikat mendakwa ujian yang berakhir dengan letupan itu berkait-rapat dengan usaha membangunkan peluru berpandu kruis “Burevestnik.”

Badan bukan kerajaan, Nuclear Threat Initiative (NTI) menyatakan dengan enjin berkuasa nuklear, peluru berpandu kruis “Burevestnik” itu boleh berada di udara selama berhari-hari, mengelilingi bumi pada aras yang amat rendah,mengelak dari sistem pertahanan udara dan mengugurkan bahan letupan pada lokasi sepatutnya. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...