Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Buat Pertama Kali, Kapal Destroyer Australia HMS Sydney Lancar Peluru Berpandu SM-6

(VIDEO) Ujian penembakan peluru berpandu pertahanan udara jarak jauh SM-6 buat pertama kali oleh kapal destroyer Tentera Laut Australia, HMAS Sydney itu menyusuli ujian pelancaran peluru berpandu anti-kapal Naval Strike Missile pada latihan maritim terbesar dunia, Rim of the Pacific 2024 (RIMPAC) baru-baru ini.

0 2,191

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali Tentera Laut Diraja Australia (RAN) telah melancarkan peluru berpandu pertahanan udara jarak jauh, SM-6 (Standard Missile-6), sebagaimana diumumkan oleh Jabatan Pertahanan negara itu baru-baru ini.

Peluru berpandu pertahanan udara SM-6 itu dilancarkan oleh kapal destroyer kelas-Hobart milik RAN, HMAS Sydney.

“HMAS Sydney telah berjaya melaksanakan pelancaran peluru berpandu SM-6, hanya beberapa minggu selepas kejayaan pelancaran peluru berpandu anti-kapal, Naval Strike Missile.”

“Ini merupakan satu lagi detik dalam usaha meningkatan kemampuan armada kapal perang kami. Peluru berpandu SM-6 akan meningkatkan lagi kemampuan pertahanan udara Tentera Laut Diraja Australia, meningkatkan jarak sistem persenjataan tentera laut dan membantu peluru berpandu SM-2 yang sedia ada,” menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Australia.

Ujian pelancaran peluru berpandu pertahanan udara SM-6 itu berlaku pada awal bulan ini sebagai sebahagian Latihan Pacific Dragon 2024 yang diadakan berhampiran di Hawaii.

Ia menyatakan bahawa pelancaran peluru berpandu pertahanan udara terbaru RAN itu adalah suatu peningkatan terhadap keberkesanan sistem pertahanan udara dan peluru berpandunya serta kemampuan bedilan jarak jauh kapal-kapal perangnya.

Ujian penembakan peluru berpandu pertahanan udara jarak jauh SM-6 buat pertama kali oleh kapal destroyer Tentera Laut Australia, HMAS Sydney itu menyusuli ujian pelancaran peluru berpandu anti-kapal Naval Strike Missile pada latihan maritim terbesar dunia, Rim of the Pacific 2024 (RIMPAC) baru-baru ini.

Dalam video yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Australia menunjukkan peluru berpandu SM-6 meninggalkan salah satu daripada  48 buah sel Mk41 VLS (Vertical Launch System) yang dimiliki oleh kapal destroyer kelas-Hobart, HMS Sydney.

“Peluru berpandu SM-6 akan melengkapi secara progresif kapal-kapal destroyer kelas-Hobart dan pada masa depan, kapal-kapal friget kelas-Hunter. Pengenalan peluru berpandu SM-6 menambah keberkesanan platform pertahanan udara kapal perang terbabit,” menurut Jabatan Pertahanan Australia.

Pada ketika ini, Tentera Laut Diraja Australia memiliki tiga buah kapal destroyer dalam perkhidmatan dan kapal terbabit akan dilengkapi pula dengan  Aegis Baseline 9 Combat Sistem, yang akan memberikan ia kemampuan untuk menangani ancaman udara termasuk peluru berpandu ballistik.

SM-6

Kapal destroyer, HMAS Sydney telah ditauliahkan pada 2020 merupakan kapal destroyer ketiga di dalam kelas-Hobart, selain HMAS Hobart dan HMAS Bribane.

Peluru berpandu SM-6 atau RIM-174 Standard Extended Range Active Missile (ERAM) merupakan peluru berpandu multi-mission yang berkemampuan untuk misi-misi peperangan udara (anti-air warfare), sistem pertahanan peluru berpandu ballistic (ballistic missile defense) dan serangan anti-kapal (anti-ship strike).

SM-6 adalah peluru berpandu dua tahap (two stage) dengan tahap pertama di mana ia dilancarkan secara vertical daripada sel pelancarnya menggunakan Mk 72 Solid Rocket Booster dan selepas itu menggunakan dual-thrust rocket motor bagi membolehkannya terbang sejauh 370km mencari sasarannya.

Ia menggunakan Active Radar Homing (ARH) seeker yang dibangunkan daripada  peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM (Advanced Medium Range Air-to-Air Missile) bagi membolehkannya dipandu ke sasaran sebaik sahaja ia berada di luar lingkungan radar milik kapal perang itu.

SM-6
Kapal destroyer HMAS Sydney melancarkan peluru berpandu anti-kapal “Naval Strike Missile” (NSM)

 

Peluru berpandu SM-6 itu menggunakan peledak blast-fragmentation, yang diaktifkan oleh radar dan contact fuses untuk menangani sasarannya.

Peluru berpandu SM-6 itu dibangunkan oleh RTX (dahulu dikenali sebagai Raytheon). — DSA

Comments
Loading...