Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Britain Hanya Mampu Kerah “40 Kereta Kebal, 12 Kapal” Jika Konflik Dengan Russia Tercetus

Akhbar Daily Mail menyatakan bahawa anggota-anggota Parlimen United Kingdom mengakui tahap kesiapsiagaan angkatan tentera negara itu adalah paling rendah dalam sejarah moden negara itu dan menggambarkan ia bakal berhadapan dengan masalah yang serius sekiranya konflik bersenjata tercetus dengan Russia.

0 2,788

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota parlimen United Kingdom baru-baru ini diberitahu bahawa negara itu hanya mempunyai 40 buah kereta kebal dan 12 buah kapal perang yang bersedia untuk dikerah sekiranya peperangan dengan Russia tercetus.

Pendedahan oleh Panglima Angkatan Tenteranya Laksamana Sir Tony Radakin dalam Parlimen baru-baru ini amat menggemparkan dan mengambarkan tahap kesiapsiagaan angkatan tentera negara itu berada pada tahap terendah pada ketika ini.

Akhbar Daily Mail menyatakan bahawa anggota-anggota Parlimen United Kingdom mengakui tahap kesiapsiagaan angkatan tentera negara itu adalah paling rendah dalam sejarah moden negara itu dan menggambarkan ia bakal berhadapan dengan masalah yang serius sekiranya konflik bersenjata tercetus dengan Russia.

Type 45
Kapal destroyer Type 45 kelas-Daring milik Royal Navy.

 

Anggota parlimen Mark Francois dilaporkan berkata bahawa – “Adalah jelas daripada keterangan Panglima Angkatan Tentera bahawa kita akan berhadapan dengan masalah sekiranya peperangan tercetus dengan Russia.”

“Ada suatu fantasi bahawa kita boleh menyediakan pasukan tentera kepada NATO (sekiranya peperangan berlaku dengan Russia),” kata beliau.

Panglima Angkatan Tentera itu mengakui bahawa beliau “amat tidak gembira” dengan kedudukan terkini dan meminta kedudukan itu diperbaiki di dalam tentera darat dan tentera laut.

Saiz tentera darat United Kingdom pada ketika ini adalah paling kecil sejak era Napoleon akibat kekurangan kereta kebal dan kereta perisai.

Di atas kertas, Tentera Darat Britain memiliki 200 buah kereta kebal tetapi berdasarkan kepada keterangan panglima angkatan tenternya, hanya 40 buah boleh dikerah ke medan peperangan sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.

Storm Shadow
Britain turut bekal peluru berpandu “Storm Shadow” kepada Ukraine.

 

Walaupun berhadapan dengan masalah kekurangan kereta kebal sehingga menjejaskan kesiapsiagaan tentera daratnya, namun Britain masih membekalkan 14 buah kereta kebal Challenger kepada tentera Ukraine.

Britain merupakan antara negara yang paling lantang menyokong tentera Ukraine dalam menangani pencerobohan Russia dan telah menghulurkan pelbagai bantuan persenjataan termasuk kereta kebal, kereta perisai, peluru berpandu dan maklumat-maklumat perisikan.

Radakin berkata bahawa angkatan tentera telah melakukan pelaburan untuk meningkatkan jumlah kereta perisai dimilikinya tetapi hasilnya akan hanya dilihat pada akhir dekad ini.

Radakin
Panglima Angkatan Tentera Britain Laksamana Tony Radakin

 

Dalam keterangannya di parlimen itu, beliau juga berkata United Kingdom memiliki 19 buah kapal-kapal destroyer dan friget pada ketika ini, tetapi hanya di antara 11 hingga 12 buah kapal perang boleh dikerah untuk menyertai operasi pada satu-satu masa.

“Adalah benar perkara ini berlaku di keseluruhan unit angkatan tenteranya, kita memerlukan bekalan yang lebih mencukupi. Sememangnya saya tidak gembira dengan keadaan ini,” kata beliau sebagaimana dipetik oleh akhbar Daily Mail. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...