Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Britain Kerah Kapal Friget Type 23 “Shadow” Kumpulan Kapal Tentera Laut Russia di English Channel

Britain mengerahkan kapal friget Type 23 kelas-Duke HMS Iron Duke untuk mengiringi (shadow) kapal perang Russia RFS Admiral Golovko dan kapal-kapal sokongan negara itu yang lain ketika belayar di English Channel beberapa hari lalu.

0 8,163
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Britain mengerahkan kapal friget Type 23 kelas-Duke HMS Iron Duke untuk mengiringi (shadow) kapal perang Russia RFS Admiral Golovko dan kapal-kapal sokongan negara itu yang lain ketika belayar di English Channel beberapa hari lalu.
Kapal friget RFS Admiral Golovko dan kapal tangka Vyazma serta kapal “penyelidik” Yantar belayar daripada pangkalan Armada Utara di Severomorsk pada 1 Nov untuk memulakan pelayaran ke beberapa negara di dunia.
Kapal perang Russia itu dilaporkan melaksanakan beberapa latihan di laut ketika ia belayar di Laut Barents, Laut Utara, Laut Norway sebelum belayar ke English Channel.
RFS Admiral Golovko merupakan kapal friget kelas-Admiral Gorshkov yang ketiga di dalam armada Tentera Laut Russia.
Ia merupakan kapal perang terbaru Tentera Laut Russia selepas ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tentera laut negara itu oleh Presiden Russia Vladimir Putin pada Disember 2023.
Iron Duke
Kapal friget Type 23 kelas-Duke “HMS Iron Duke”
Kapal friget kelas-Admiral Gorshkov seperti RFS Admiral Golovko dilengkapi dengan 16 sel Vertical Launch System (VLS) yang boleh membawa peluru berpandu Hypersonik “3M22 Tsirkon” berkelajuan Mach 9.
Dilengkapi dengan enjin scramjet, peluru berpandu Hypersonik “Tsirkon” dibawa oleh kapal friget RFS Admiral Golovko itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,000km.
Russia dilaporkan telah pun menggunakan peluru berpandu Hypersonik “Tsirkon” ini untuk membedil sasaran-sasaran bernilai tinggi di Ukraine.
Sementara itu kapal friget Type 23 kelas-Duke HMS Iron Duke yang ditugaskan untuk mengiringi kapal perang dan kapal-kapal sokongan Tentera Laut Russia itu disifatkan sebagai kapal perang milik Royal Navy yang versatile.
Dengan berat 4,900 tan, kapal friget Type 23 kelas-Duke itu mempunyai panjang keseluruhan 133 meter dengan radius operasinya adalaha 7,800 Batu Nautika.
Russia
Kapal “penyelidik” Yantar
Mengenai sistem persenjataan dibawahnya, kapal perang milik Royal Navy itu dilengkapi dengan meriam utama 4.5 inci MK8 kaliber sederhana, peluru berpandu anti-kapal Harpoon manakala bagi peluru berpandu pertahanan udara pula, ia menggunakan Sea Ceptor.
Memantau dan mengiringi kapal-kapal perang Russia adalah tugas rutin bagi kapal-kapal perang Royal Navy sejak Perang Dingin dan ia bukanlah sesuatu yang menggemparkan.
Kapal-kapal perang Tentera Laut Russia mempunyai hak untuk belayar (right of passage) di English Channel dan selalu pelayaran tersebut tidak dianggap sesuatu yang mengancam keselamatan Britain.
Selalu pelayaran kapal-kapal perang Tentera Laut Russia itu diketahui lebih awal dan boleh dipantau.
NATO memiliki jaringan perisikan yang luas untuk memberikannya amaran dan unit-unit pakatan ketenteraan Eropah yang terlibat dikoordinasi oleh Maritime Command (MARCOM) yang berpusat di Northwood di utara London.
Russia
Kapal oil replenishment Vyazma
Kapal Russia
Admiral Golovko
Selalunya, tentera-tentera laut Perancis atau Belanda akan memaklumkan kepada Royal Navy sebaik sahaja kapal-kapal perang Russia meninggalkan kawasan perairan di bawah kawalan mereka.
Sebaik sahaja tugasan mengiringi (shadow) kapal-kapal perang Russia itu bermula, kapal-kapal NATO mengambil pendekatan mengiringi daripada jarak yang selamat, tetapi kadangkala akan mengambil pendekatan mengelilingi (circle) kapal yang menjadi perhatian itu.
Selain itu ia juga akan merekodkan penghasilan signal elektronik dan mengambil gambar menggunakan kamera berkuasa tinggi.
Pengumpulan maklumat-maklumat Perisikan Elektronik (ELINT) dan Perisikan Signal (SIGINT), selalu, tidak memberikan banyak maklumat kerana kebanyakkan maklumat telah pun diketahui.
Komunikasi menggunakan radio dengan kapal-kapal perang Russia semasa tugasan mengiringi (shadow) kerapkali dilakukan secara diplomatik dan professional. — DSA

 
Comments
Loading...